LKIM cadang wujud skim mirip Felda
LUMUT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bercadang
mewujudkan skim penempatan mirip rancangan Felda untuk membasmi kemiskinan
tegas membabitkan nelayan di nelayan ini menjelang 2010.
Ketua Pengarahnya, Datuk Annas Khatib Jaafar, berkata sebagai permulaan dua
penempatan seumpamanya dibina di Tok Bali di Kelantan dan Juru di Pulau Pinang
membabitkan 550 peserta.
Beliau berkata, setiap projek itu membabitkan kos RM65 juta membabitkan
pembinaan rumah nelayan, projek ekonomi dan infrastruktur.
“Mengikut konsep itu, nelayan yang tinggal di situ akan melaksanakan pelbagai
projek hiliran berasaskan perikanan seperti menternak ikan, memproses makanan
ringan seperti keropok, projek pelancongan bercorak homestay dan perniagaan
makanan laut," katanya selepas melakukan lawatan kerja dan taklimat ke pusat
pembiakan ikan kerapu milik Global Hi-Q di sini, semalam.
Beliau berkata, kita yakin projek terbabit mampu untuk mengeluarkan mereka
daripada garis kemiskinan tegar.
“Menerusi konsep itu, isteri dan anak mereka boleh memberikan pendapatan
tambahan kepada keluarga sekali gus tidak hanya terlalu bergantung kepada
pendapatan hasil laut,” katanya.