Lagi...
PASAR
NELAYAN

Latarbelakang
LKIM
memiliki 27 buah kompleks Pendaratan Ikan di Semenanjung
Malaysia dan Sarawak. Kegunaan utama adalah bagi aktiviti
pendaratan, pemunggahan, pemborongan ikan dan juga bagi
nelayan mendapatkan kemudahan dan perkhidmatan seperti
bekalan air bersih, minyak diesel, air batu, slipway,bilik
sejuk, ruang membaiki pukat dan lain-lain.
Dengan kemudahan infrastruktur
Kompleks sediada, pengenalan ‘Pasar Nelayan’ akan dapat
memakmurkan lagi Kompleks terutama daripada aspek sosial dan
ekonomi khususnya bagi nelayan, keluarga nelayan, masyarakat
setempat dan para pengguna.
Objektif Pasar Nelayan
Objektif
Pasar Nelayan adalah :-
-Menggalakkan
penyertaan nelayan/keluarga nelayan/PNK dalam bidang
perniagaan dan keusahawanan.
-Memperluas
luang pasaran hasil-hasil perikanan
-Membolehkan
nelayan mendapat pulangan harga yang lebih baik.
-Membolehkan
pengguna mendapatkan bekalan ikan yang segar, berkualiti
dengan harga yang berpatutan.
-
Mempromosikan fungsi Kompleks LKIM kepada orang ramai.
-
Mewujudkan satu lagi aktiviti perniagaan tambahan di dalam
kawasan Kompleks-Kompleks Pendaratan.
-Menyumbang
kepada pembangunan ekonomi dan sosial kepada masyarakat dan
kawasan setempat.

Konsep
Pasar Nelayan
Konsep Pasar Nelayan adalah bagi
mewujudkan satu lagi luang pasaran di dalam kompleks dengan
memberi peluang kepada para nelayan memasarkan hasil
tangkapan mereka secara terus kepada pengguna. Ia bertujuan
mengurangkan tahap penglibatan orang tengah supaya nelayan
memperolehi margin pulangan harga yang lebih baik dan
menguntungkan sementara pengguna mendapat ikan segar pada
harga yang berpatutan.
Konsep
ini akan menekankan imej Pasar Nelayan kepada ciri-ciri
BERSIH, SEGAR, BERKUALITI, HARGA BERPATUTAN.
Peranan LKIM
LKIM akan
memainkan peranan utama dalam mewujudkan Pasar Nelayan dan
seterusnya ia berjalan dengan lancer mengikut perancangan
yang ditetapkan. Di antara peranan tersebut adalah seperti
berikut:-
-Menyediakan
lokasi yang sesuai untuk peserta menjalankan aktiviti
penjualan.
-Membuat
pemilihan peserta.
-Menyediakan
peralatan utama perniagaan kepada nelayan yang menyertai
Pasar Nelayan.
-Mendedahkan
perserta kepada amalan pemasaran yang baik (GMP) dengan
menggunakan kaedah-kaedah menjaga kualiti/kesegaran ikan,
aspek kebersihan, cara pengendalian dan persekitaran pasar
yang teratur.
-Mengadakan
aktiviti promosi dan kempen bagi menarik minat pengguna
untuk datang ke Pasar Nelayan.
Kategori Jualan Produk
di Pasar Nelayan
Walaupun jualan ikan dan produk
perikanan diberikan keutamaan tetapi bagi memastikan
pengguna mendapat ‘kepuasan menyeluruh’ daripada kunjungan
mereka ke Pasar Nelayan maka setiap tapak jualan Pasar
Nelayan mempunyai kategori produk jualan seperti berikut:-
-Jualan
ikan basah, keran-kerangan dan produk proses.
-Jualan
ikan hidup.
-Lain-lain
produk pertanian-buah-buahan, sayur-sayuran, ayam dan daging
-Makanan
dan minuman
-Produk
kraftangan
Pengurusan Pasar
Nelayan & Pengendalian Peralatan Jualan
Pengurusan Pasar Nelayan akan
dilaksanakan oleh pihak Kompleks atau Persatuan Nelayan
Kawasan (PNK) mengikut kesesuaian bagi sesuatu Kompleks
tersebut.

Perancangan Lokasi
Pasar Nelayan
LKIM
memberi keutamaan pembukaan Pasar Nelayan di Kompleks
Pendaratan ikan LKIM. Pembukaan di luar kawasan Kompleks
akan dipertimbangkan mengikut keperluan semasa.
Waktu Operasi Pasar
Nelayan
Waktu
Operasi dan kekerapan samada pagi atau petang mengikut
kesesuaian di Kompleks tersebut. Sebarang penetapan waktu
beroperasi akan mengambil kira semua faktor yang berkaitan.
-
: Apakah
kelebihan ‘Pasar Nelayan’ berbanding dengan pasar terbuka
yang lain?
: Pasar Nelayan memiliki
kelebihan tersendiri di antaranya:
-
Ikan
yang dijual adalah ikan segar dan diperolehi terus daripada
nelayan
-
Semua
produk jualan disyaratkan BERSIH, SEGAR, BERKUALITI DAN
HARGA BERPATUTAN.
-
Hampir
keseluruhan yang berniaga terdiri daripada nelayan dan
keluarga nelayan.
-
: Bagaimana
saya boleh menyertai Pasar Nelayan?
: Mereka
yang berminat boleh menghubungi Pejabat Kompleks LKIM atau
pejabat Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) berhampiran dengan
operasi Pasar Nelayan tersebut untuk mendapatkan borang
penyertaan dan maklumat lanjut. Maklumat juga boleh
diperolehi daripada pejabat LKIM Negeri.
-
: Siapakah
boleh menyertai Pasar Nelayan?
: Nelayan
dan keluarga Nelayan. Bagaimanapun bagi kategori produk
jualan luar sektor perikanan seperti sayuran, daging dan
lain-lain, pertimbangan boleh diberikan kepada mereka yang
berminat.
-
: Berapakah
bayaran dikenakan bagi menyertai Pasar Nelayan?
: Permulaan
berniaga tidak dikenakan bayaran. Bagaimanapun pada masa
akan datang sedikit caj akan dikenakan bagi menampong
pembayaran kerja-kerja pembersihan tapak, bekalan air dan
yang berkaitan.
-
: Bagaimana
dengan penyediaan peralatan setiap produk jualan?
: Hampir kesemua peralatan
jualan disediakan oleh LKIM. Ia bagi mengurangkan bebanan
peserta di dalam penyediaan peralatan jualan yang menekankan
konsep keseragaman, kebersihan dan menerapkan ciri-ciri
‘Amalan Pemasaran Yang Baik’ (GMP)