Bermula
pada tahun 2006, LKIM telah membuka 5 buah Pasar Nelayan
yang beroperasi di Kompleks Pendaratan Ikan melibatkan
penyertaan sebanyak 60 orang peserta. Senarai Kompleks
terlibat, tarikh dibuka dan bilangan peserta adalah seperti
berikut:-
KOMPLEKS
TARIKH
Kompleks LKIM Kuala Besut, Terengganu
09.09.2006
Kompleks LKIM Kuala Besar,Kelantan
14.09.2006
Kompleks LKIM Kuantan, Pahang
10.09.2006
Kompleks LKIM Nenasi,Pahang
23.09.2006
Kompleks LKIM Teluk Bahang, P.Pinang
02.12.2006
Semua kemudahan infrastruktur Pasar Nelayan
meliputi tapak dan peralatan jualan disediakan oleh LKIM. ia
bertujuan mengurangkan beban peserta dalam menyediakan
peralatan tersebut dan seterusnya bagi menunjukkan keseragaman,
faktor kebersihan dan lain-lain yang berkaitan. Bagaimanapun
Pasar Nelayan ini masih lagi di dalam proses peningkatan di
mana yang perlu.
Bagi tahun 2007,
sebanyak 6 buah lagi Pasar Nelayan akan dibuka, di mana akan
dapat memberi peluang kepada 120 orang peserta untuk mengambil
bahagian atau berniaga di tapak-tapak Pasar Nelayan tersebut.
Pewujudan dan pertambahan ini diharap akan dapat mencapai
objektif penubuhan Pasar Nelayan.