Komitmen kami ialah
untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi
kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut:-
Menjelaskan bayaran kepada pembekal-pembekal barangan dan
perkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat
dokumen-dokumen sokongan lengkap.
Menguruskan pemberian keputusan Pendaftar ke atas mana-mana
permohonan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam
tempoh 30 hari.
Memberi keputusan kepada sebarang permohonan projek-projek
pembangunan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan
Nelayan dalam tempoh 30 hari tertakluk kepada permohonan yang
dikemukakan lengkap.
Memberi keputusan kepada permohonan Lessen Berniaga LKIM/Lesen
Import dalam tempoh 30 hari bagi permohonan baru dan serta
merta bagi permohonan pembaharuan dengan syarat semua maklumat/dokumen
yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang
ditetapkan.
Mengemukakan Penyata Akaun awal yang belum di audit bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum 15 Januari tahun
berikutnya dan mengemukakan Penyata Akaun muktamad bagi Tahun
Kewangan Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Ketua Audit
Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.
Menyelia dan mengawasi langkah-langkah untuk memastikan semua
perbelanjaan mengurus bagi tahun semasa tidak melebihi
peruntukan dan penjimatan sekurang-kurangnya 5% dari
peruntukan yang diluluskan.
Memastikan semua (100%) Peruntukan Pembangunan dibelanjakan
pada tahun berkenaan.