PROJEK TERNAKAN
KERANG
Ternakan Kerang
Anadara Granosa
PENGENALAN
Ternakan
kerang bermula dalam tahun 1984 oleh seorang ketua kampung
di Bagan Pancor, Perak. Percubaan ini telah berjaya dan
sejak itu ternakan kerang berkembang luas di sepanjang
kawasan paya bakau di Pantai Barat Semenanjuga dan
dianggarkan keluasan kawasan berpotensi ialah 28,540 hektar.
Spesis kerang yang biasa diternak di Malaysia ialah jenis
Anadora Granosa. Ia mepunyai pasaran yang baik di negara
jiran khususnya Thailand dan Singapura.
Ternakan
ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan ternakan
yang lain di antaranya :-
-
Kaedah ternakan
yang mudah
-
Pengurusan dan
penjagaan yang minima
-
Memberi pulangan/keuntungan
yang memuaskan.
-
Mempunyai potensi
pasaran dengan harga yang menggalakkan.
Sehingga
kini ternakan kerang dilakukan secara kultur separa iaitu
bergantung bekalan benih semulajadi. Benih kerang boleh
dihasilkan secara asuhan tetapi perbelanjaannya adalah
tinggi dan kadar hidupnya terlalu rendah.
PERSEDIAAN UNTUK
TAPAK TERNAKAN
Pemilihan
kawasan yang sesuai adalah berdasarkan kepada tanah dan air
iaitu:-
- Kawasan
yang terlindung dari arus dan ombak laut.
- Keadaan
dasar laut yang berlumpur halus dan lembut dengan
ketebalan 46-76 cm. Sebaliknya tekstur tanah mengandungi
50-80% liat dan selebihnya kelodak.
-
Kemasinan air sekitar 18(ppt)
-
Kecerunan dasar tapak ternakan yang sederhana.
- Kawasan
bebas dari pencemaran dan musuh.
Kawasan
yang dikenalpasti sesuai terlebih dahulu perlu mendapatkan
kelulusan dari kerajaan negeri untuk memperolehi lesen hak
milik sementara (TOL). Keluasan yang ekonomi bagi individu
untuk menjalankan ternakan ini adalah 10 hektar (+25 ekar).
Jenis
kerang yang diternak adalah dari sepsis (Anadara Granosa)
Kawasan
yang sesuai untuk menjalankan ternakan kerang
PENGUTIPAN BENIH
Benih-benih
kerang biasa terdapat di kawasan daratan berlumpur seperti
di pergigian hutan bakau atau muara-muara sungai. Pengutipan
benih dibuat setelah ia mencapai saiz antara 4-10 mm.
Pengutipan dibuat dengan menggunakan tangguk dawai, dulang
kayu dan sekeping papan. Alat ini ditarik melalui permukaan
lumpur beberapa kali kemudian dibersihkan untuk mengasingkan
benih kerang dengan lumpur. Pengutipan benih biasanya
menggunakan sampan di kawasan semulajadi semasa air surut.
Harga benih
kerang bergantung pada saiz benih, untuk saiz 1,000-3,000
biji/kg harganya dianggarkan RM60.00/guni.
Saiz benih
kerang yang ditabur ialah 6.4cm.
MENABUR BENIH
KERANG DI TAPAK TERNAKAN
Kerja-kerja
penaburan benih dibuat dengan menggunakan bot. Sebelum
taburan benih dibuat, cengkerang-cengkerang dan musuh-musuh
kerang (siput pengorek) perlu dibuang. Penaburan benih perlu
dibuat pada cuaca yang baik dan keadaan air mula pasang.
Benih perlu
ditabur sebaik sahaja ianya sampai ke tapak projek untuk
mengelakkan kematian benih akibat tekanan (stress).
Penaburan benih perlulah sekata supaya kerang membesar
dengan baik. Kadar penaburan benih adalah bergantung kepada
saiz benih dan kesesuaian kawasan.
MENGUBAH SELERAK
KERANG DAN MEMBUANG PEMANGSA
Dalam
tempoh 3-4 bulan setelah benih ditabur, kepadatan kerang
perlu diperiksa. Sekiranya didapati tidak sekata maka ia
perlu diubah selerak untuk menghasilkan tumbesaran kerang
yang cepat.
Semasa
aktiviti ubah selerak dibuat musuh-musuh kerang mesti
dikutip/ditangkap dan dibuang/bunuh. Di antara musuh-musuh
kerang ialah siput duri, siput belitung kecil, siput umum,
siput halia, siput bintang dan ikan pari.
Saiz kerang
kerang dewasa yang mencapai saiz pasaran ialah 3.8cm.
PEMELIHARAAN
HINGGA KE SAIZ PASARAN
Untuk
mencapai saiz pasaran iaitu 80-100 biji/kg (70 biji/kati)
biasanya ternakan ini mengambil masa 12-18 bulan bermula
dari tarikh benih ditabur. Tumbesaran kerang dipengaruhi
oleh kesuburan tapak, mutu air, saiz benih yang ditabur dan
kepadatan.
PENGENDALIAN
PUNGUTAN KERANG BESAR
Sebelum
hasil ternakan dipungut untuk dipasarkan, penganggaran stok
perlu dibuat bagi mengetahui kuantiti stok kerang tersebut
untuk dijual secara runcit atau tender. Pungutan dibuat
dengan menggunakan tangguk dawai, secara asasnya alat ini
sama dengan alat pengutipan benih cuma jarak dawai (mesh
size) adalah lebih besar.
Aktiviti
Pengendalian Pungutan Kerang ini ialah :-
-
Menggoncang alat mengutip kerang tersebut.
- Simpan
sementara di dalam bot hingga didaratkan ke pangkalan
-
Mengasingkan kerang daripada sampah, cengkerang-cengkerang
kosong dan siput-siput lain.
- Mengisi
kerang ke dalam guni dengan anggaran 70 kg/guni.
-
Mengangkut kerang untuk dijual kepada pemborong atau
peruncit.
HASIL PENDAPATAN
Pengiraan
hasil pendapatan berdasarkan perkara berikut:
Saiz bersih
kerang – 2,000 biji/kg
Taburan
benih – 50 guni/ha
Tempoh
ternak -18 bulan
Luas
kawasan ternak – 10 ha
Kadar Hidup
– 50%
Saiz
Pasaran – 100 biji/kg
Harga
Kerang Besar – RM 25.00/guni
1 Guni – 70
Kg
Jualan
1,000 guni/ha
x Rm45/guni x 10ha x 50% RM225,000
Kos Operasi
Benih
Kerang
50 guni/ha
x 10 ha x RM150/guni RM75,000
Upah Tabur
RM 10,000
Upah
Selerak dan Cuci Kawasan RM15,000
Jumlah
RM100,000
Penyelenggaraan
Penyelenggaraan
Bot RM5,000
Minyak
Bot
RM10,000
Penyelenggaraan
Enjin/pancang kawasan RM5,000
Penyelenggaraan
Pondok RM3,000
Lain-lain
RM2,000
Jumlah
RM25,000
Kos Pengurusan
Bayaran Tol
(250x20) x 18 bulan RM10,000
Gaji
2 orang jaga (2x650)
RM23,400
Luar
Jangka
RM10,000
Jumlah
RM43,400
Jumlah
Besar/Perbelanjaan RM168,400
Pendapatan
Pendapatan
Kasar / pusingan RM56,600
(Jualan-
Perbelanjaan)
Pendapatan
Bulanan
(dalam masa
18 bulan) RM3,144.00
MASALAH
Masalah
yang mungkin dihadapi dalam ternakan kerang pada masa ini
ialah:
Bekalan
Benih tidak tetap
Kecurian
-Musuh-musuh
kerang (pemangsa)
-Pencemaran
air (Buangan Perindustrian)
Siput Halia
ialah salah satu musuh utama kerang
BANTUAN
Pihak LKIM
menyediakan khidmat nasihat teknikal seperti menjalankan
kajian kesesuaian kawasan dan juga pemasaran hasil ternakan.
Peluang
pelaburan dalam projek ternakan adalah terbuka kepada semua
terutamanya Persatuan Nelayan, kumpulan nelayan dan juga
perseorangan.
Seksyen
Pembangunan Akuakultur
Bahagian
Pembangunan Industri Nelayan
Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia
Tingkat 11,
Wisma PKNS
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala
Lumpur
Tel: 03-26177000