Ternakan Tiram Crassostrea
Iredalei
Projek
Ternakan Tiram
LATAR BELAKANG
Industri
ini telah lama diusahakan di seluruh dunia. Asia merupakan
pengusaha terbesar di dunia.Di Semenanjung Malaysia
percubaan menternak tiram telah dibuat oleh Okada (1963).
Pada tahun 1975 percubaan telah dibuat di Sabah dengan
menggunakan spesies C. belcheri. Percubaan dengan
menggunakan spesies Ostrea folium dijalankan pada tahun 1979
dan 1980 di Langkawi Kedah. Negeri-negeri yang terdapat
ternakan tiram ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah. Usaha menternak ini
dijalankan dengan menggunakan benih-benih daripada sumber
semulajadi.
Terdapat
4 jenis tiram di Malaysia :
-
Crassostrea (C.belcheri
dan C. iredalei)
-
Saccostrea (S.
echinata dan saccostrea spp)
-
Ostrea (O.folium)
-
Hyotissa (Hyotissa
hyotis)
Semua
spesies tiram ini terdapat di perairan Malaysia dan boleh
dijadikan sumber makanan. Spesies Crassostrea Iredalei
merupakan spesies utama yang diternak secara komersial.
Spesies ini mendapat permintaan yang amat menggalakkan
daripada hotel-hotel dan restoran-restoran tempatan. Spesies
ini banyak terdapat di Terengganu dan Kelantan. Ia juga
banyak diternak di Thailand dan Filipina.
PENGENALAN
SPESIES TIRAM
Sifat
Luaran
Spesies C.
iredalei mempunyai kulit luarnya tidak beralur dan kedua-dua
cengkerangnya sama panjang, membesar melebihi 15cm panjang.
Tiram genus
Ostrea berbentuk leper/nipis. Tiram genus Crassostrea dan
Saccostrea berbentuk seperti cawan. Spesies Saccostrea spp
berpermukaan yang beralur-alur seperti kerang, kedua-dua
cengkerangnya tidak sama panjang. Ukurannya tidak melebihi
8cm panjang.
Sifat
dalaman.
Tiram jenis
Crossostrea iredalei mempunyai tanda hitam yang amat jelas
pada kedua-dua bahagian dalaman cengkerang. Tanda ini
merupakan otot-otot lekat dan ia hanya terdapat pada spesies
Crossostrea sahaja.
Pada
bahagian hujung sebelah dalam cengkerang tiram Saccostrea
spp terdapat tonjolan (umbo) kecil, dan bentuk seperti ini
tidak terdapat pada spesies iredalei.
Habitat
Tiram hidup
dengan cara melekat pada substrat seperti cangkerang tiram,
siput-siput, akar bakau, batu-batu dan benda-benda keras
yang tenggelam.
Tiram
biasanya didapati dalam air yang salinitinya antara 15 -32
ppt. Tiram dewasa boleh hidup beberapa hari di dalam air
yang salinitinya menurun sehingga kekadar sifar. Benih-benih
tiram akan mati bila mengalami perubahan saliniti mendadak
seperti di musim tengkujuh.
Suhu biasa air bagi
habitat tiram ini 28-30.5◦C,
kecuali pada musim tengkujuh di mana suhunya lebih rendah.
Perbezaan air semasa pasang surut lebih kurang 1.5 meter.
Pemakanan
Tiram makan
dengan cara menapis makanan melalui insang. Makanannya
adalah jenis plankton.
Pembiakan
Tiram
mempunyai jantina yang berlainan. Jantina tiram dewasa hanya
dikenali melalui pemeriksaan kandungan gonad. Persenyawaan
berlaku di luar badan selepas tiram jantan betina melepaskan
sperma dan telur. Ia membiak sepanjang tahun, tetapi
terdapat dua musim kemuncak. April-Jun dan Oktober- Disember.
Kajian menunjukkan tiram akan akan bertelur apabila hujan
lebat selama beberapa hari selepas kemarau panjang. Faktor
perangsang tiram bertelur ialah pertukaran saliniti dan suhu
air.
AKTIVITI
TERNAKAN
Aktiviti
ternakan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:-
-Pemungutan
benih dan
-Pemeliharaan
untuk pasaran
Pemungutan
Benih
Di Malaysia
benih-benih diambil dari sumber semulajadi. Benih semulajadi
masih menjadi sumber utama. Ia mudah didapati manakala
pembiakan tiram (penetasan) telah dijalankan di hatchery
LKIM di Kg Setiu, Terengganu saiz benih yang biasa diambil
antara 2-5 cm.
Kaedah Memungut Benih
Selain dari
benih di pusat penetasan, kaedah memungut benih biasanya
bergantung kepada kos perbelanjaan, ketahanan dan mudah
dikendalikan. Di antara jenis pemungut yang digunakan :
-Tayar
-Netlon
-Kulit
tiram dan tempurung kelapa
-Pancang
kayu atau buluh
-Kepingan
asbestos
April-Jun
dan Oktober – Disember musim terdapat banyak benih-benih
tiram. Ini amat penting kerana pemasangan pemungut di musim
pembiakan akan menghasilkan pungutan yang baik, benih juga
boleh didapati semulajadi yang melekat pada pokok bakau dan
umpun.
Pemeliharaan
Untuk Pasaran
Pemilihan
tapak yang sesuai untuk ternakan tiram ialah yang mempunyai
faktor-faktor seperti berikut :-
-Kawasan
terlindung dari angin yang kuat
-Perubahan
air pasang surut antara 1.0-1.5 m
-Dasar
tidak mempunyai lumpur yang tebal
-Saliniti
air antara 15-30 ppt
-pH air
antara 6.5-8.5
-Faktor
tambahan yang perlu, terdapatnya induk-induk tiram asli di
kawasan tersebut. Selain daripada itu faktor-faktor
keselamatan, peralatan dan kemudahan infrastruktur seperti
perhubungan adalah perlu.
Kaedah Ternakan
Kaedah
ternakan ialah dengan menggunakan rakit, pelantar, bubu
rawai atau ternakan di dasar. Perbezaan sistem ini
bergantung kepada beberapa faktor seperti kos perbelanjaan,
ketahanan bahan, serta keadaan ombak dan rebut di sesuatu
tempat. Kaedah ternakan yang biasa diusahakan secara
komersial adalah dengna menggunakan rakit.
Rakit
Rakit
ternakan tiram yang biasanya digunakan berbentuk 4 segi,
saiznya mengikut keperluan. Kayu melintang digunakan untuk
menggantung tali pemungut benih atau bakul untuk menternak
tiram. Pelampung ‘Styrofoam’ dan plastik biasa digunakan
untuk membina rakit. Rakit juga boleh dibina dengan
menggunakan bahan HDPE atau sangkar terapung HDPE. Sangkar/
rakit jenis ini lebih tahan, tetapi kosnya 2 kali ganda
lebih tinggi daripada pelampung biasa.
Bekas Ternakan
Untuk
memudahkan pengendalian pelbagai jenis dan bentuk bekas
ternakan telah dicipta. Bekas-bekas ternakan yang biasa
ditemui di Malaysia adalah seperti berikut:-
-Raga
-Tayar
-Bingkai
Netlon
Tayar,
bingkai netlon dan raga sebagai bekas ternakan
PENGURUSAN
TERNAKAN
Tiram-tiram
yang diternak perlu diurus dan diawasi agar ia sentiasa
sihat dan dapat membesar dengan baik. Proses yang biasa
dilakukan ialah mencuci tiram dari mendapan lumpur atau
rumpai terapung yang melekat pada ternakan tersebut. Proses
ini dilakukan dengan menggunakan pam air berenjin.
Pembersihan
perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Di musim
tengkujuh pembersihan perlu dilakukan dengan lebih kerap.
Selain
daripada kerja-kerja pembersihan, benih-benih yang diternak
secara beraingan dalam bekas plastik/netlon, perlu diubah
serak ke bekas-bekas lain mengikut saiz apabila benih
membesar untuk mengelakkan peningkatan berat yang tinggi,
Kerja-kerja lain yang biasanya dilakukan adalah membuang dan
membunuh musuh tiram seperti ketam, siput-siput, tapak
sulaiman dan cacing lecur.
PENGUTIPAN HASIL
DAN PASARAN
Tiram
memerlukan masa 12-18 bulan untuk membesar mencapai saiz
pasaran. Saiz yang dipasarkan 9-11 cm. Pengutipan (harvest)
dilakukan semasa tiram cukup matang, kerana ketika ini
rasanya lebih enak dan isinya lebih tebal.
Kutipan
mudah dilakukan untuk ternakan diatas rakit atau para kerana
ia lebih stabil. Kutipan hasil boleh dilakukan oleh seorang
pekerja sahaja. Untuk tiram yang diternak pada rawai
terapung, kutipan dilakukan oleh dua orang, seorang pemungut
dan seorang pengendali sampan.
Tiram-tiram
yang dikutip, dibersihkan dari lumpur, askidian dan bunga
karang. Seterusnya tiram-tiram ini dibasmi kuman dengan
menggunakan alat depurasi untuk jangkamasa tidak kurang dari
36 jam untuk membunuh bakteria serta dinaflagelat yang
terdapat pada tiram-tiram tersebut.
Jualan
tiram hidup lebih menguntungkan, harganya tinggi dan
kerja-kerja mengopek kulit tidak perlu dilakukan. Tiram
jenis C.iredalei dijual hidup dengan harga 40-60 sen sebiji
kepada pemborong. Tiram jenis Saccostrea spp pula dijual
dengan harga 10-20 sen sebiji dan kalau dijual isi sahaja
harganya RM6-RM9 sekilo.
MUSUH TIRAM
Musuh-musuh
tiram di kawasan ternakan tidaklah begitu serius. Tetapi
tindakan untuk mengatasinya perlu dibuat agar serangan dari
musuh-musuh tiram tidak berterusan.
Ketam
Ketam
merupakan musuh utama benih-benih tiram, Ketam dapat dicegah
daripada memasuki bekas ternakan dengan menutup netlon halus
dipermukaanya.
Tapak
Sulaiman (starfish)
Tapak
Sulaiman menyerang tiram semua peringkat, dari benih hingga
ke tiram dewasa. Serangan Tapak Sulaiman banyak berlaku
terutamanya di kawasan dasar. Kaedah beracun dan membuangnya
merupakan cara pengawalannya. Kapur tohor ditabur ke dasar
laut dengan nisbah 560kg/ha. Ia juga boleh dikawal dengan
membina tempat ternakan yang tidak menyentuh kawasan dasar.
Siput halia
Siput ini
hidup kawasan dasar dan ia tidak boleh berenang. Cara
mencegahnya boleh dilakukan dengan membina tempat ternakan
yang tidak menyentuh kawasan dasar.
Cacing Lecur
Kesan
serangan akan menyebabkan tumbesaran tiram terencat dan
lecur-lecur hitam di bahagian dalam kulit tiram. Jika kadar
serangan tinggi, ia boleh menyebabkan kematian akibat
infeksi sekunder. Cara membunuh cacing ini, dedahkan
tiram-tiram ke udara selama 24-48 jam, atau rendamkan
tiram-tiram tersebut ke dalam larutan garam yang tinggi
kemasinannya.
Bunga Karang
(Sponge)
Tumbesaran
tiram-tiram juga mungkin terencat atau boleh mengakibatkan
kematian sekiranya kulit tiram diselaputi dengan banyak oleh
bunga karang. Biasanya bunga karang menyerang tiram dewasa
dan akan menyebabkan kulit tiram menjadi rapuh dan mudah
pecah. Cara mengatasinya, berus lapisan bunga karang yang
masih tipis.
Askidian
Askidian
tumbuh pada permukaan kulit tiram dan boleh menyebabkan
tumbesaran tiram terencat ataupun mati. Askidian boleh
dicegah dengan menggunakan berus.
Siput
sudu pada tiram
Siput
Kampis pada tiram
Tertip pada
tiram
Lain-lain
Musuh Tiram
Lain-lain
musuh tiram ialah pesaingnya :-
-Siput sudu
-Teritip
-Siput
kampis
Siput
rantai
Masalah
pesaing ini berlaku terutamanya pada musim kemarau. Masalah
ini juga didapati di kawasan ternakan yang berhampiran
dengan laut.
Pesaing-pesaing perlu dibuang atau dibunuh kerana ia
menyebabkan tumbesaran tiram terencat, tiram-tiram terpaksa
berkongsi ruang serta makanan.
Untuk
menjalankan ternakan secara komersial, diperlukan
sekurang-kurangnya 8 unit rakit/sangkar dan bekas ternakan
yang paling efisen untuk ternakan ini ialah raga. Setiap
rakit/sangkar dianggarkan boleh digantung raga sebanyak 1050
buah. Setiap raga boleh diisi dengan benih tiram sebanyak 50
biji. Kadar hidup ternakan ini agak tinggi iaitu dianggarkan
diantara 80%-90%.