JSwitch Slide Menu

Sejak 23 Sep 06,Anda Pelawat Ke:

Home Security

   20 Dis 2006

 

This free script provided by JavaScript Kit

Perikanan Tuna di Malaysia

 

Industri Perikanan Tuna di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara maritim yang dikelilingi oleh empat lautan iaitu Laut Selat Melaka, Laut China Selatan, Laut Andaman dan juga Laut Sulu yang menghubungi lautan antarabangsa iaitu Lautan Hindi di sebelah barat dan Lautan Pasifik Barat di sebelah timur. Dengan ruang perairan yang luas ini, industri perikanan mempunyai potensi yang besar untuk diterokai secara komersil. 

Di dalam Dasar Pertanian Negara, Rancangan Malaysia Kesembilan dan juga Pelan Imbangan Perdagangan (BOT) dalam sektor makanan, penerokaan dalam industri perikanan tuna adalah salah satu agenda utama yang diberi penekanan ke arah menjadikan Malaysia sebagai pengeksport dalam sektor makanan pada 2010.  

Pengeluaran Pelbagai Jenis Tuna dalam Malaysia. 

Bagi tempoh lima tahun (2000-2004), pengeluaran ikan tuna negara secara amnya adalah stabil iaitu disekitar 55,000-64,000 tan. Daripada jumlah ini, kebanyakannya adalah terdiri dari spesis tuna neratik seperti tongkol/aya dan sedikit skipjack. Manakala spesis tuna oseanik ‘bigeye’ dan ‘yellowfin’ didaratkan dalam kuantiti yang kecil di Pulau Pinang dan Sabah. 

Kecuali di Sabah, ikan tuna bukanlah merupakan spesis utama untuk ditangkap. Kebanyakannya hanya merupakan tangkapan sampingan (by-catch) dari pukat hanyut dan jerut.

Aktiviti pemprosesan dan nilai tambah pada ikan tuna secara komersil adalah terlalu kecil dan kebanyakan ikan yang ditangkap dimakan dalam bentuk segar.

 Sumber Ikan Tuna di Perairan Malysia dan Lautan Hindi Timur.

 Pada masa ini eksploitasi tuna boleh dijalankan di empat kawasan perairan iaitu Sarawak, Sabah/Labuan, Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan juga Lautan Hindi Timur. Berdasarkan kepada sumber perangkaan dan juga rekod pendaratan tuna di negara ini, masih terdapat banyak lagi sumber tuna yang boleh dieksploitasi secara komersil.

 Bagi Pantai Timur Semenanjung Malaysia, berdasarkan data tangkapan , tiada lagi sumber yang belum diterokai kerana rekod pendaratan ikan tuna pada tahun 2003 iaitu sebanyak 23,000 tan telah melebihi anggaran sumber berpotensi iaitu sebanyak 14,000-15,000 tan.

Manakala di Lautan Hindi Timur, pengetahuan mengenai sumber tuna adalah terlalu sedikit. Walau bagaimanapun bersasarkan FISHSTAT, FAO 2006, jumlah tangkapan tuna (skipjack, albacore, yellowfin, bigeye dan bluefin) dari lautan ini dalam tahun 2004 adalah sebanyak 204,098 tan. Daripada jumlah ini, lebihkurang 2,000 tan yellowfin dan biegeye sahaja yang didaratkan oleh syarikat-syarikat tempatan yang berpangkalan di Pulau Pinang.

Pelabuhan Perikanan MITP Batu Maung, Pulau Pinang merupakan pelabuhan perikanan pertama yang telah diiktiraf oleh kerajaan untuk menerajui industri perikanan negara. Pelabuhan ini dikendalikan oleh Malaysian International Tuna Port Sdn.Bhd. (MITP), sebuah syarikat usahasama di antara kerajaan (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) dan sector swasta. Pelabuhan ini mempunyai dermaga sepanjang 163m dan dapat menampung vesel dengan muatan tannnan sehingga 800 GRT.

Diantara kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah: 

1-     Bilik sejuk dan storan (3,3000 kaki persegi)

2-     Pelantar kerja (22,600 kaki persegi)

3-     Bangunan pejabat (1,200 kaki persegi)

4-     Kemudahan CIQ (700 kaki persegi)

5-     Pejabat kastam

6-     Pejabat imigresen

7-     Pejabat kesihatan pelabuhan

8-     Pejabat kawalan trafik

9-     Bekalan elektrik (350 KV-600 AMP)

10- Bekalan air

11- Telekomunikasi

12- Bekalan diesel 

PERKAKAS MENANGKAP IKAN TUNA YANG UTAMA

 Di Malaysia, ikan tuna ditangkap dengan menggunakan pancing dan pukat jerut, selain yang tertangkap secara by-catch oleh pukat hanyut. Manakala aktiviti penangkapan tuna oseanik (bigeye dan yellowfin) di Lautan Hindi menggunakan rawai.

 PENGELUARAN IKAN TUNA DUNIA 

Terdapat peningkatan hampir sekali ganda dalam pengeluaran ikan tuna (skipjack, yellowfin, bigeye, albacore dan bluefin) dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini iaitu dari 2 juta tan kepada 4 juta tan. Skipjack merupakan spesis paling banyak ditangkap dan diikuti oleh yellowfin.

POTENSI PERIKANAN TUNA DI MALAYSIA 

Perikanan tuna merupakan satu komoditi penting yang diberi tumpuan oleh kerajaan. Ini memandangkan ianya mempunyai permintaan dan penerimaan global yang tinggi. Rumusan daripada Analisa SWOT menunjukkan Malaysia mempunyai banyak kekuatan dan peluang untuk membangunkan industri yang berpotensi besar ini. 

SASARAN PENGELUARAN DAN JANGKAAN PELABURAN 

Pada tahun 2010, pengeluaran tuna Malaysia dijangka akan meningkat kepada 130,000 tan yang mana memerlukan tambahan pengeluaran sebanyak 75,000 tan dari keluaran semasa. Peningkatan ini akan turut meningkakan produk nilai tambah dan kedua-dua ini dijangka akan memberi pulangan dagangan bernilai RM0.6 bilion (USD 170 juta ) setahun yang sekaligus mampu mencapai sasaran BOT sektor pengeluaran makanan.  

Bagi mencapai sasaran ini, pelaburan sebanyak lebih kurang RM2.0 bilion adalah diperlukan bagi menyediakan kemudahan dan keperluan seperti vesel menangkap ikan tuna, pelabuhan perikanan baru, peningkatan kemudahan infrastruktur sedia ada, industri sokongan seperti bilik sejuk, pengangkutan, kilang pemprosesan dan sebagainya. 

Penglibatan sektor swasta di dalam industri ini amat diperlukan dan akan diberi sokongan sepenuhnya oleh kerajaan bagi mencapai matlamat untuk menjadi pengeluar makanan menjelang tahun 2010. 

PENGLIBATAN MALAYSIA DALAM  MASYARAKAT PENGUSAHA INDUSTRI DUNIA 

Malaysia telah menyertai Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) semenjak tahun 1998 dan dijangka akan menyertai World Tuna Purse Seine Organization (WTPO).