Udang Harimau (Penaeus Monodon) adalah
salah satu jenis udang air payau / laut yang sesuai diternak di
kolam kerana ianya mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan
kadar tumbesaran yang cepat.
Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha
menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan semakin
bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan
juga orang perseorangan.
Antara faktor yang menggalakkan penternakan
udang harimau adalah :-
- Terdapatnya banyak kawasan yang
berpotensi.
- Permintaan yang tinggi
- Jaminan harga pasaran yang baik di dalam
negeri mahupun di luar negara. Contoh:
Pada masa ini
harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35
ekor/kg ialah di antara RM 20 –RM 30/kg.
- Penglibatan pihak kerajaan dan swasta
dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti LKIM
- Penggunaan teknologi tinggi dalam
ternakan.
PEMBINAAN KOLAM
1. Kolam boleh dibina antara saiz 0.3 – 1.0
hektar luas permukaannya dan kedalaman antara 1.5m – 2.0 m.
Pembinaan kolam hendaklah berhampiran dengan punca air.
2. Saluran air masuk dan keluar perlu
dibina untuk kemudahan pertukaran air semasa pemeliharaan udang
dan ia juga perlu untuk pengeringan air selepas hasil dikutip.
Penggunaan pam untuk memasuk dan mengeluarkan air boleh
digunakan tetapi melibatkan tambahan kos.
3.Untuk ternakan secara intensif susun atur,
reka bentuk dan pembinaan kolam mestilah dibuat dengan bijak dan
berhati-hati, terutamanya aspek asas yang penting iaitu ban,
pintu air masuk dan keluar. Jika pembinaannya betul dan mematuhi
kehendak, kejayaan berterusan operasi akan dapat dicapai bagi
kaedah ternakan secara intensif.
4. Sistem air kolam intensif.
a. Punca air
b. Sistem pam\
c. Kolam takungan
d. Pintu air masuk/keluar
5. Reka Bentuk Kolam Intensif
a. Kedalaman 1.3m-1.5m
b. Lerengan ikut jenis tanah 1:2, 1:1, 2:1
c. Kecerunan dasar 1: 200
d. Saiz kolam 0.5 – Iha.
e. Pintu air masuk dan keluar.
PENYEDIAAN KOLAM
Sebelum ternakan dijalankan, kerja-kerja
penyediaan kolam perlu dilakukan. Tempoh penyediaan kolam
berbeza mengikut cuaca, keadaam kolam dan masalah setempat.
1. Pembuangan Lumpur:
-Lumpur hitam perlu dirawat atau dibuang
setiap kali selepas sesuatu pusingan ternakan dijalankan samada
secara mekanikal, biologikal atau menggunakan bahan kimia.
-
Cara mekanikal boleh dibuat dengan menggunakan jentera,
pam atau mengalirkan melalui pintu air.
-
Cara biologikal iaitu menggunakan bakteria yang boleh
mengeluarkan enzim untuk menghalang pembentukan lumpur hitam.
-
Cara kimia pula adalah dengan menggunakan bahan seperti
Calcium peroxide, Potassium permanganate, Zeolite, Iron oxide
dan Ozone.
- Penjemuran :
Penjemuran dibuat sehingga dasarnya retak,
biasanya 1 hingga 2 minggu bergantung pada cuaca. Tujuannya
untuk mengoksidakan bahan organan atau lumpur hitam.
- Membaiki Sturuktur Kolam
Pemeriksaan rapi perlu dibuat agar sebarang
kerosakan boleh diatasi/baiki segera sebelum ternakan diteruskan
termasuk memasang jaring pada pintu air.
- Mengapur
Kapur adalah untuk meneutralkan kandungan
asid tanah dan mengurai bahan organan serta mengurangkan
pengumpulan bahan kimia yang toksik pada udang.
5. Kawalan Perosak/Pemangsa :
Pengeringan sepenuhnya serta menggunakan
penapis yang sesuai boleh mengawal ikan-ikan pemangsa. Bagi
kolam yang tak boleh dikeringkan sepenuhnya maka penggunaan
racun perlu digunakan.
6. Pemberian Makanan :
Makanan biasanya diberi 3- 4 kali sehari.
Jenis makanan pellet yang diberi mengikut saiz udang.
PENGGUNAAN PERALATAN MEKANIKAL
- ‘Automatik Feeder’
–Tidak memerlukan
tenaga buruh
-Jimat kos.
- Mengelak
pembaziran
- Waktu pemberian
makanan lebih tepat.
- Sludge Pump.
-Kaedah mekanikal
untuk mencuci dasar kolam.
Kolam HDPE
-Dasar kolam
lebih bersih.
-Ruang untuk
udang makan lebih luas.
-Mengelak
kebocoran kolam.
PARAMETER YANG
SESUAI UNTUK TERNAKAN UDANG HARIMAU SECARA INTENSIF
-Oksigen
Terlarut – 5 ppm
-pH – 7.5-8.5
-Hardness – 70
ppm (masalah warna air jika kurang 50 ppm)
-Suhu – 27-32◦C
-Karbon Dioksida
- <2 PPM
-Copper - <0.1
ppm
-Hydrogen Sulfid
- <0.1 ppm
-Saliniti – 15-25
ppt
- Ketelusan –
30-60 cm
-Kedalaman air –
1.3 -1.5 m
CIRI-CIRI RINGKAS
UNTUK MEMILIH BENIH UDANG YANG BERKUALITI
- Bentuk dan Sifat:
- Keadaan benih yang aktif, saiz sekata,
warna dari coklat muda ke coklat, badan yang tidak melengkung,
uropod (sirip ekor) sentiasa kembang.
- Analisis Mikroskopik:
- Benih bebas dari organisma seperti
Zootharnnium, Epistylis dan Detritus Antenanya (sesungut)
panjang lurus dan rapat.
- Badan mesti bersih dari kotoran, licin
dan jernih.
- Rostrall spines 6-7
- Otot dalam segmen abdominal ke 6 cukup
lengkap penuh dengan kulit.
KUALITI AIR
- Oksigen Terlarut (D.O):
Air dapat
menampung oksigen yang rendah pada suhu yang tinggi. D.O. akan
lebih tinggi pada suhu yang rendah. Perkara yang sama berlaku
pada siliniti. D.O. rendah pada siliniti tinggi dan D.O. tinggi
pada siliniti rendah.
2. Bagaimana D.O.
Memasuki Air:
a. Air yang mempunyai D.O yang rendah perlu
diganti dengan air baru yang mempunyai D.O yang tinggi.
b. Bloom (plankton) dan alga di dasar kolam
menambah D.O. semasa siang (Fotosintisis).
c. Udara diserapkan kedalam air melalui
ombak, hujan, pam dan kincir angin.
- Apabila D.O<3.0 ppm ketegangan mula
berlaku. Udang akan berenang ke permukaan air dan ke tepi
kolam. Apabila D.O < 1.5ppm udang akan mulai mati.
SALINITI
- Udang membesar dengan baik pada saliniti
air yang rendah. (10-20 ppt). Saliniti dalam tahap biasa
adalah diantara 12-15ppt. Apabila saliniti melebihi 15ppt, air
dalam badan udang akan meresap keluar. Untuk mengganti
kehilangan air, udang mestilah mengepam air dari luar badan ke
dalam badan. Tenaga pam ini menggunakan makanan yang
sepatutnya digunakan untuk tumbesaran udang. FCR akan
bertambah kerana lebih makanan akan digunakan untuk
menjalankan pam tersebut.
SUHU
- Pada suhu tinggi( >35 C ) banyak
kejadian berlaku dengan cepat. Udang mengalami tekanan, mudah
dijangkiti penyakit serta D.O. dan pH berubah dengan cepat.
- Suhu yang tinggi menyebabkan :
- Air kolam akan menampung D.O yang
sedikit.
- Udang membesar dengan cepat dan
memerlukan lebih makanan.
- Bloom dan komuniti dasar cepat membesar.
- Pengurusan kolam menjadi lebih sukar
apabila suhu meningkat.
PUNGUTAN HASIL
Selepas 3-5 bulan udang sudah sampai ke
saiz pasaran. Udang boleh dipungut dengan cara:
i.. Tangkapan sebahagian, iaitu menggunakan
pukat, tangkul, pukat perangkap, jala dan pukat permindahan
terbuka.
ii. Tangkapan semua, iaitu menggunakan
pukat keroncong dan pukat tarik.