|
Penubuhan
Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) ialah sebuah Badan Berkanun yang
ditubuhkan pada 1 November, 1971 di bawah Akta 49, Akta
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, 1971.
Perkhidmatan
Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)
Rakyat Malaysia yang
berpendapatan bulanan di bawah paras kemiskinan telah dikategorikan sebagai rakyat
termiskin dan satu program bantuan khas yang dikenali
sebagai Pogram Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) telah
diwujudkan oleh kerajaan mulai 1989. Projek-projek yang
dilaksanakan oleh LKIM dibawah program ini meliputi:
-
Bantuan pelbagai peralatan
tangkapan ikan untuk membolehkan nelayan termiskin pergi
ke laut
- Pengusahaan
‘chalet’ di bawah program Pembangunan Masyarakat Nelayan.
- Penternakan
Kupang/Tiram di bawah aktiviti Akuakultur
- Unjam-unjam
Semasa program ini diperkenalkan, seramai
2814 orang nelayan telah dikenalpasti berada dalam
golongan termiskin dan projek-projek yang dilaksanakan
bermatlamat untuk mengeluarkan mereka dari belenggu
kemiskinan.
Skim Pinjaman Khas
Pertanian (SPKP)
Skim Pinjaman Khas Pertanian (SPKP)
diperkenalkan pada tahun 1986 dengan tujuan membantu
golongan petani, penternak dan nelayan menceburi industri
pertanian secara komersil. Bank Pertanian Malaysia telah
dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk menguruskan
pinjaman tersebut yang melibatkan kelulusan pinjaman serta
pembayaran balik.
Jawatankuasa Khas SPKP diperingkat
Kementerian Pertanian yang dianggotai oleh semua jabatan
dan agensi yang berkaitan mengikut kemajuan projek,
mengawasi prestasi pembayaran balik dan membincang hal
dasar pelaksanaan skim berkenaan.
LKIM menggunakan sepenuhnya kemudahan yang
ditawakan di bawah SPKP untuk membantu mewujudkan usahawan
di kalangan nelayan dan industri nelayan.
Pembangunan Industri
Perikanan
Program Akuakultur dilaksanakan dengan
matlamat untuk meningkatkan pendapatan nelayan pantai
melalui aktiviti ternakan hidupan laut untuk menggalak,
menggembang dan memajukan industri tersebut. Projek dan
aktiviti yang dijalankan di bawah program ini terdiri
daripada:
Projek Ternakan Ikan dan Udang Air Paya
Dalam Kolam
Projek Ternakan Kerang, Kupang, Moluska
Ternakan dalam Sangkar
Pusat Penetasan dan Pendederan
Kajian Pra-Kemungkinan
Pengeluaran Makanan Udang
Program Akuakultur dilaksanakan untuk
memastikan negara ini berupaya menampung keperluan makanan
negara disamping keperluan eksport. Estet-estet ikan dan
udang yang tidak kurang dari 100 hektar sedang dirancang
dan dilaksanakan. Pengeluaran udang harimau du Sg. Merbok
yang merupakan estet pertama LKIM sangat menggalakkan.
Terdapat 570,000 hektar hutan bakau yang
sesuai untuk ternakair. Peluang untuk industri ini
berkembang adalah cerah. Bagi memastikan industri
Akuakultur yang diceburi oleh LKIM tidak terjejas, Program
Pengeluaran Benih ikan / udang sendiri di Pusat Penetasan
Udang/Ikan Sungai Merbok, Kedah telah dilaksanakan.
Setakat ini, LKIM telah berjaya
mengeluarkan benih tersebut cukup untuk keperluan sendiri
dan menjualnya kepada nelayan tempatan serta kepada pihak
swasta. Selain daripada itu, usaha-usaha ini dengan
tanggungjawab diberikan kepada Unit Penilaian dan
Pengawalseliaan Teknikal (TEMU). TEMU berperanan untuk
memperbanyakkan lagi sepsis berpotensi untuk Akuakultur
seperti ternakan udang karang, ketam, ikan Talapia merah,
ikan susu, kupang dan tiram. Spesis-spesis tersebut
berpotensi untuk dimajukan terutamanya dari segi benih
semulajadi, tanah, teknologi dan peranan luar negara.
Program Pembangunan
Perikanan Laut
Matlamat Program Pembangunan Perikanan Laut
ialah untuk meningkatkan produktiviti penangkapan ikan dan
perusahaan yang berkaitan melalui peningkatan teknologi
dan kemahiran.
Di dalam memodenisasi perusahaan
penangkapan ikan, ianya dibahagi kepada dua aspek utama,
iaitu perikanan laut dalam dan perikanan pantai. Bagi
memodenkan perusahaan perikanan laut dalam, diantara
usaha-usaha yang dijalankan oleh LKIM ialah mengadakan
Skim kemudahan Kewangan (SKK) yang dilaksanakan mulai
1983. Ianya diberhentikan apabila Skim Pinjaman Khas
Pertanian (SPKP) diperkenalkan oleh Kerajaan pada 1986.
Bagi memajukan nelayan pantai pula, dua
program utama dilaksanakan iaitu, Skim Sewabeli Bot dan
Pembinaan Unjam-Unjam.
- Skim
Sewa Beli Bot
Skim Sewa Beli Bot yang diperkenalkan pada
tahun 1981 oleh LKIM telah dapat membantu nelayan pantai
memiliki bot terpakai melalui bayaran ansuran yang
berpatutan.
- Pembinaan
Unjam-Unjam
Dikawasan unjam-unjam, nelayan dibenarkan
menangkap ikan dengan menggunakan perkakas yang tidak
merosakan unjam yang dibina.
- Khidmat
Sokongan Pemasaran
Matlamat program Khidmat Sokongan Pemasaran
ialah untuk mewujudkan satu sistem pemasaran dan agihan
ikan yang cekap melalui penyediaan kemudahan-kemudahan
pendaratan, pengendalian dan penyimpanan ikan,
penguatkuasaan dan pengumpulan maklumat harga ikan. Ianya
penting bagi nelayan menerima harga yang munasabah
manakala pengguna pula dijamin bekalan yang bermutu dengan
harga yang berpatutan
Aktiviti-aktiviti
utama yang diberi perhatian:
-Pembangunan dan pengurusan infrastruktur
-Risikan dan kajian pemasaran
-Pembangunan pemasaran dan permintaan
keusahawanan perniagaan dan kawalan mutu
-Kawalan dan penguatkuasaan peraturan
- Dana
Nelayan
Dana Nelayan adalah merupakan Tabung
Pinjaman Tanpa Faedah khusus untuk nelayan pantai bagi
meningkatkan pendapatan dan produktiviti tangkapan. Tujuan
Pembiayaan dana ini merangkumi:
-Membeli/mengganti bot, enjin, pukat &peralatan
-Pinjaman kecemasan /segera
-Modal pusingan projek pemasaran
Projek
Pembangunan
Program
pembangunan masyarakat nelayan
Program ini adalah untuk:
- Mewujudkan masyarakat
nelayan yang mempunyai sikap yang positif dan progresif
bekerjasama, bersatupadu dan berdikari
-Mewujudkan perkampungan
nelayan yang serba lengkap dan persekitaran yang lebih
bersih dan selesa
-Mewujudkan
institusi-institusi nelayan yang serba lengkap dan
persekitaran yang lebih bersih dan berdaya maju.
-Meningkatkan taraf serta
mutu kehidupan masyarakat nelayan dengan penglibatan aktif
ahli-ahli keluarga nelayan di semua peringkat.
Untuk mencapai
matlamat-matlamat di atas, dua program utama iaitu
Pembangunan Sosial Nelayan dan Pembangunan Institusi
Nelayan dijalankan.
Pembangunan
Sosial Nelayan
Program Pembangunan Sosial
Nelayan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
-Pembangunan Kepimpinan
Nelayan
-Pembangunan Perkampungan
Nelayan
-Pembangunan Keluarga Nelayan
-Khidmat Sokongan Masyarakat
Nelayan
Pembangunan
Institusi Nelayan
Sebagai pendaftar, LKIM
menyelia dan mengawal kegiatan-kegiatan pertubuhan nelayan,
memberi bimbingan pengurusan serta pengawasan ke atas
projek yang dijalankan, mengawalselia dan mengemaskini
maklumat pertubuhan nelayan. Institusi-institusi nelayan
terdiri daripada:
-Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)
-Persatuan Nelayan Negeri(PNN)
-Persatuan Nelayan Kebangsaan
(NEKMAT)
-Syarikat Kerjasama
Nelayan(SKN)
Pembangunan
Industri Pelancongan Pertanian
Industri pelancongan telah
dikenalpasti boleh mendatangkan faedah dan menambah
pendapatan sampingan nelayan. Institusi nelayan dan
nelayan perseorangan diberi galakan untuk menjalankan
projek-projek pelancongan seperti ‘sportfishing’, medan
ikan bakar, ‘chalet’ nelayan, ‘Homestay’ dan kraftangan.
Projek ini diwujudkan selaras dengan dasar kerajaan untuk
membangunkan industri pelancongan pertanian Negara.
- Projek
penetasan udang / ikan
-
Projek ternakan
rumpai laut LKIM Semporna
-
Projek
pembangunan & pengurusan stok induk
-
Projek ternakan
kerang
-
Projek ternakan
tiram
-
Projek ternakan siput sudu
- Projek
penetasan moluska
- Projek
ternakan/ pemdederan ikan dalam sangkar
- Projek
ternakan ikan tangki (closed water system)
- Medan ikan
baker
- Projek
Pengunaan blast freezer
- Kilang isi
ikan di Kompleks LKIM
- Pemasangan
tukun tiruan di persisiran pantai dan pulau
- Projek
pemasangan tukun tiruan bio-seramik
- Projek
pembinaan unjam-unjam marinovasi LKIM
- Projek
Pembinaan dan peningkatan jeti rangsangan ekonomi
-
Pembangunan agrotourism
Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertanggungjawab untuk
membangun dan membantu Persatuan Nelayan Kawasan (PNK)/Persatuan
Nelayan Negeri (PNN) dengan menyediakan citarasa pelancong
domestic dan luar negara.
Pelbagai
produk dan pakej-pakej pelancongan yang sesuai disediakan
dengan mempromosikan konsep ‘Homestay’, penyediaan kursus
pembangunan sumber manusia dalam mengendalikan industri
pelancongan dan pembangunan hasil-hasil kraftangan. Dengan
adanya rangkaian pemasaran dengan pihak-pihak swasta ianya
dapat meningkatkan pendapatan masyarakat nelayan khususnya
yang terlibat dalam sector pelancongan ini.
Komitmen
PNK/PNN dalam menguruskan produk agrotourism juga dapat
meningkatkan kemahiran nelayan dalam bidang perniagaan
yang berkaitan.
Selain
itu ianya turut meningkatkan nilai tambah input
sumber-sumber perikanan negara, ia juga mempercepatkan
pertumbuhan ekonomi di kampung-kampung nelayan dan
menambahkan pertukaran wang asing kepada negara selaras
dengan dasar industri pelancongan negara.
-Projek
Komersil
-Majuikan
Sdn.Bhd
Majuikan
Sdn.Bhd.(MSB) adalah anak syarikat LKIM yang ditubuhkan
mengikut Seksyen 4, Seksyen Kecil 3 (b) Akta 49, LKIM
Diantara projek-projek yang dijalankan oleh MSB ialah:
-Projek
Perkhidmatan Pemunggahan Barangan
-Perkhidmatan
Agen Penghantaran
-Projek
Kawalan Keselamatan
|