Komitmen kami ialah untuk memberi perkhidmatan yang cekap, tepat dan memberi kepuasan kepada pelanggan kami seperti berikut: - Menjelaskan bayaran kepada pembekal-pembekal barangan dan perkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat dokumen-dokumen sokongan lengkap.
- Menguruskan pemberian keputusan Pendaftar ke atas mana-mana permohonan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari.
- Memberi keputusan kepada sebarang permohonan projek-projek pembangunan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan lengkap.
- Memberi keputusan kepada permohonan Lesen Berniaga LKIM/Lesen Import dalam tempoh 30 hari bagi permohonan baru dan serta merta bagi permohonan pembaharuan dengan syarat semua maklumat/dokumen yang dikehendaki lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
- Mengemukakan Penyata Akaun awal yang belum di audit bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum 15 Januari tahun berikutnya dan mengemukakan Penyata Akaun muktamad bagi Tahun Kewangan Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Ketua Audit Negara sebelum 30 April tahun berikutnya.
- Menyelia dan mengawasi langkah-langkah untuk memastikan semua perbelanjaan mengurus bagi tahun semasa tidak melebihi peruntukan dan penjimatan sekurang-kurangnya 5% dari peruntukan yang diluluskan.
- Memastikan semua (100%) Peruntukan Pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan.
|