Pengumuman


UCAPAN KETUA PENGARAH 
 

Mesej

KETUA PENGARAH

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Bersyukur kita ke hadrat  Allah S.W.T kerana dengan rahmat dan inayahNya dapat saya berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang berkepentingan di dalam sub sektor perikanan negara, khususnya para nelayan.

Sesungguhnya, LKIM yang ditubuhkan 44 tahun yang lalu telah melalui pelbagai pahit maung di dalam melaksanakan pembangunan kepada para nelayan di negara ini. Di masa sama, banyak maklumbalas yang LKIM terima digunakan sebagai panduan untuk meningkatkan peranan agensi ini terutamanya dalam konteks pembangunan modal insan dan jati diri para nelayan.

Hari ini, LKIM memberi  penekanan kepada lima teras pembangunan kepada para nelayan iaitu Pembangunan Pemasaran, Pembangunan Infrastruktur, Pembangunan Nelayan, Industri Asas Tani dan Pendaftar Persatuan Nelayan. Kelima-lima program berkenaan bersesuaian dengan fungsi utama agensi ini iaitu menggalak serta memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan dan pemasaran ikan.

Bersesuaian dengan cabaran semasa sektor dan sub-sektor perikanan Negara, pihak LKIM dipertanggungjawabkan untuk memastikan para nelayan mendapat pulangan ke atas keringat yang mereka perah di lautan dan di masa sama para pengguna pula mendapat harga yang munasabah dengan hasil-hasil perikanan yang berkualiti melalui Program Jihad Memerangi Orang Tengah (JMOT) di sub-sektor perikanan. Antara yang dilakukan secara strategik iaitu mewujudkan pasar- pasar nelayan, penjualan ikan secara terus oleh nelayan  atau persatuan nelayan di pasar-pasar tani atau Agro Bazaar serta peranan Persatuan Nelayan (PN) secara agresif di dalam pembekalan ikan atau perniagaan ikan.

Justeru, suka saya menyeru sesiapa sahaja untuk memberikan pandangan kepada kami demi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada para nelayan di Malaysia. Di masa sama kami juga mempunyai tanggungjawab sosial kepada masyarakat umum di dalam memberikan input atau maklumat mengenai sub- sektor perikanan negara.

Sekian. Wassalam

Salam Hormat

Mohd Sallehhuddin bin Hassan

Jabatan / Agensi

logo_moa logo_agrobank logo_doa logo_dof logo_dvs logo_fama logo_kada logo_lpp logo_mada logo_mardi logo_tekun

Pautan Berkaitan