Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Agropreneur Muda

Geran Agropreneur Muda (GAM)

Geran Agropreneur Muda adalah bantuan 100% pembiayaan kerajaan yang disalurkan di dalam bentuk barangan (in-kind contribution).

 

Geran ini adalah khusus membantu dan menggalakkan golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun berpendapatan RM5,000.00 ke bawah menceburi bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di sepanjang rantaian nilai sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan dan perikanan serta industri asas tani termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian dan agro pelancongan.

 

LKIM terlibat dalam menguruskan permohonan usahawan yang terlibat dalam sektor perikanan dan Industri Asas Tani berasaskan hasilan laut

INDUSTRI ASAS TANI

BIL

PROJEK

SYARAT

JUMLAH

1.

Produk IAT

– Pembungkusan / Pelabelan

– Mesin / Peralatan pemproses

– Bahan Mentah (10%)

– Peningkatan Insfrastruktur (50%)

 

Mempunyai pakej Produk yang bersesuaian

 

 

RM20,000.00

2.

Pemasaran

– Produk

– Set Kiosk

– Peralatan / Mesin

– Promosi (10%)

 

Mempunyai pakej Produk yang bersesuaian

 

 

RM20,000.00

3.

Karavan / Food Truck / Mobile Food Kiosk (MFK)

– Kelengkapan & pengubahsuaian

– 1unit MFK

1.   Mempunyai karavan

2.   Mempunyai projek sedia ada

3.   Mempunyai lesen JPJ dan berkaitan

 

 

RM20,000.00

PERIKANAN

BIL

PROJEK

SYARAT

JUMLAH

1.

Akuakultur Kolam

– 20,000 benih ikan / udang

– Kolam

– Makanan

– Infrastruktur

 

Mempunyai lesen dan Kawasan yang sesuai

 

 

 

RM20,000.00

2.

Akuakultur Sangkar

– 5,000 benih ikan (mengikut spesis)

– Sangkar / tangki

– Makanan

– Infrastruktur

 

Mempunyai pakej produk yang bersesuaian

 

 

RM20,000.00

3.

Penangkapan Ikan

– Peralatan tangkapan

– Enjin / Vessel

– Agropelancongan

1.   Mempunyai lesen menangkap ikan

2.   Mempunyai cadangan peralatan

 

RM20,000.00

Gambar-gambar pembekalan aset dan peralatan Geran Agropreneur Muda (GAM) kepada usahawan