Bahagian Industri Makanan
Last updated : 14/01/2022
Carta Organisasi Industri Makanan
VISI BAHAGIAN
Mentranformasikan industri hiliran sektor perikanan sebagai pertumbuhan ekonomi negara.
MISI BAHAGIAN
Melahirkan usahawan yang kompeten dan berpendapatan tinggi.
OBJEKTIF BAHAGIAN
- Mentranformasikan industri pemprosesan hasil perikanan menjadi sektor yang kompetitif dan maju.
- Mempertingkatkan produktiviti dan kemahiran usahawan dan tenaga manusia (pekerja) melalui program pembangunan modal insan.
PIAGGAM PELANGGAN BAHAGIAN IM
- Memberi keputusan terhadap permohonan program Pembangunan Industri Makanan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh terima dengan syarat permohonan adalah lengkap
- Mengemukakan laporan prestasi berkaitan pelaksanaan projek Industri Makanan kepada agensi berkaitan sebelum atau pada 10 haribulan setiap bulan
- Menyediakan data risikan harga bahan mentah pemprosesan pada setiap bulan
- Menyedia maklumbalas dan maklumat program pembangunan Industri Makanan kepada Kememterian dan agensi terlibat dalam tempoh 5 hari bekerja
- Melaksanakan pemantauan dan penilaian projek Industri Asas Tani secara berkala
- Membantu usahawan bimbingan memperolehi pendapatan melebihi RM2,000.00/ bulan
- Membantu usahawan bimbingan LKIM mendapat Sijil Halal dalam tempoh 3 Tahun perniagaan beroperasi
- Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa IM 1 kali dalam setahun
- Mengeluarkan Buletin Usahawan pada setiap tahun
FUNGSI BAHAGIAN INDUSTRI MAKANAN
- Memoden dan mentransformasikan usahawan industri makanan bagi melahirkan usahawan komersil dan berpendapatan tinggi.
- Menggalakkan penglibatan Persatuan Nelayan/ syarikat swasta dan pertubuhan lain (siswazah/belia/wanita) dalam bidang industri asas tani.
- Memperkukuh program pengkomersilan dan informasi produk usahawan industri asas tani bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak persijilan keselamatan makanan.
- Mewujudkan pangkalan data maklumat produk IAT.
- Meningkatkan kemahiran usahawan bagi mewujudkan usahawan yang berilmu, berdaya tahan dan berdaya saing.
- Melatih dan membimbing pemeroses dalam sektor perikanan.
SKOP BAHAGIAN IM
PPHP – Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan
PUB – Program Usahawan Bimbingan
SDSI – Satu Daerah Satu Industri
KPI – Usahawan KPI Menteri
Fishpro Gallery – Pusat pengumpulan dan penjualan produk-produk usahawan bimbingan LKIM
SEKSYEN-SEKSYEN DI BAHAGIAN INDUSTRI MAKANAN.
i. Seksyen Pembangunan Usahawan dan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan
Fungsi:
- Memoden dan mentransformasikan usahawan industri asas tani bagi melahirkan usahawan komersil dan berpendapatan tinggi.
- Menggalakkan penglibatan Persatuan Nelayan/ syarikat swasta dan pertubuhan lain (siswazah/belia/wanita) dalam bidang industri asas tani.
Aktiviti:
- Membangunkan usahawan dalam bidang asas perikanan & bukan perikanan.
- Membangunkan usahawan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan.
- Membangunkan Usahawan Siswazah Tani.
- Melaksanakan Program Mempelbagai & Meningkatkan pendapatan usahawan.
- Membangunkan Usahawan di bawah Program SDSI.
- Membangunkan pusat pemprosesan di Persatuan Nelayan.
- Meningkatkan kapasiti premis pusat pemprosesan.
- Meningkatkan keupayaan pengeluaran (premis pemprosesan & peralatan)
- Melaksanakan program-program pembangunan PKS/IKS bersama dengan Kerajaan Negeri/ swasta/ECERDC dan lain-lain.
- Membangunkan lot-lot PKS/IKS untuk dioperasikan usahawan di tanah milik LKIM/PN/Kerajaan Negeri.
- Menyelaras & memantau projek-projek usahawan/ PPHP.
- Projek-projek ekonomi KUNITA.
ii. Seksyen Peningkatan Kualiti dan Pengkomersilan Produk
Fungsi:
- Memperkukuh program pengkomersilan dan informasi produk usahawan industri asas tani bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan memenuhi kehendak persijilan keselamatan makanan.
- Mewujudkan pangkalan data maklumat produk IAT.
Aktiviti:
- Peningkatan kualiti dan keselamatan produk usahawan dan PPHP.
- Pembangunan pembungkusan & perlabelan produk IAT.
- Meningkatkan keupayaan pengeluaran kumpulan sasar dari segi teknologi & kepelbagaian produk berasaskan ikan.
- Pengkomersilan produk baru.
- Membangun & memperluas produk tambah nilai (value added).
- Membangunkan persijilan produk (kilang/premis dan produk)
- Membangun & meningkatkan Pusat Pengumpulan Produk.
- Membangun dan meningkat keupayaan pengeluaran dan kualiti produk bagi Kilang Budu Geting dan Kilang Keropok Moden Besut.
- Menjalankan risikan harga untuk bahan mentah/ produk proses & pemasaran produk.
- Mewujudkan pangkalan data maklumat pemeroses dan usahawan pemeroses asas perikanan & bukan perikanan.
iii. Seksyen Peningkatan Kemahiran Usahawan dan Pentadbiran
Fungsi:
- Meningkatkan kemahiran usahawan bagi mewujudkan usahawan yang berilmu, berdaya tahan dan berdaya saing.
- Melatih dan membimbing pemeroses dalam sektor perikanan.
- Menguruskan hal ehwal berkaitan pentadbiran Bahagian Pembangunan Industri Asas Tani, seperti :-
- Menguruskan perkara berkaitan keselamatan dan aset Bahagian Pembangunan Industri Makanan
- .
- Menjalankan Pemverifikasian Fizikal Aset Bahagian Pembangunan Industri Makanan.
- Menyediakan Laporan Verifikasi yang telah dilaksanakan.
- Terlibat dalam menyediakan Manual Prosedur Kerja & Fail Meja (MPKFM) bagi Bahagian Pembangunan Industri Makanan.
- Menyelia dan memastikan sistem pemfailan dilaksanakan dengan baik oleh kerani bertanggungjawab.
- Mengurus dan merekod urusan cuti serta pergerakan semua pegawai dan kakitangan.
- Menyelia dan memastikan Sistem GOE-EDGMS digunakan dengan sepenuhnya oleh pegawai dan kakitangan.
- Mengurus dan merekod pergerakan surat masuk dan surat keluar.
Aktiviti :
- Menyediakan laporan-laporan berkaitan Bahagian Pembangunan Industri Makanan yang diminta oleh Bahagian Perancang Korporat, Bahagian Kewangan & Akaun dll dan Laporan Tahunan Bahagian.
- Menyediakan maklumbalas-maklumbalas minit mesyuarat yang diperlukan oleh Bahagian Kewangan & Akaun, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani dll.
- Menyediakan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) Bahagian.
- Sebagai Urusetia Mesyuarat Bulanan Bahagian.
- Urusetia Seminar Usahawan.
- Sebagai Urusetia Standard Operating Procedures (SOP).
- Menyediakan Direktori Produk Industri Makanan.
- Menguruskan hal ehwal berkaitan peruntukan kewangan Bahagian.
- Membuat & menyediakan data risikan harga bahan mentah.
- Menguruskan perkara berkaitan percetakan seperti majalah usahawan, risalah, pamplet dan sebagainya.
Pembangunan Usahawan
- Memperkasakan usahawan industri IAT ke arah usahawan komersial dan berpendapatan tinggi
- Meningkatkan penglibatan golongan belia dan bumiputera dalam industri Agromakanan
Pembangunan Industri Pemprosesan
- Membangunkan Pusat Peprosesan Hasil Perikanan (PPHP) ke arah penarafan premis.
- Meningkatkan pegeluaran produk berasaskan hasil laut ke arah jaminan bekalan makanan melalui PPHP dan PKS.
- Membangunkan teknologi pemprosesan moden dengan kerjasama pihak swasta.
Pembangunan Perikanan Laut
- Menyediakan khidmat sokongan program perikanan tangkapan laut.
- Membangunkan teknologi perikanan tangkapan moden dengan kerjasama pihak swasta.
- Menyediakan maklumat zon potensi penangkapan ikan dari semasa ke semasa
Pembangunan Perniagaan
- Mengukuhkan rangkaian produk agar lebih berdaya saing dalam pasaran kompetetif
- Mewujudkan platform kerjasama perniagaan dan peluang pemasaran produk makanan berasaskan ikan dan hasilan ikan Menyediakan panduan pelaburan dan perundangan terkini pasaran dalam dan luar negara.
Hubungi Kami:
Bahagian Industri Makanan
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,
Aras 2, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong,
Selangor.
Tel: 03-8064 9000
Fax: 03-80603143