Last updated : 26/08/2021
OBJEKTIF BAHAGIAN KEJURUTERAAN
- Memastikan projek-projek kejuruteraan siap mengikut jangkamasa yang ditetapkan seperti yang dirancang.
- Memastikan infrastruktur LKIM yang baru dan lama sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
- Melengkapkan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran Pegawai-Pegawai Bahagian Kejuruteraan dengan mengikuti kursus, bengkel, seminar, lawatan sambil belajar dan sebagainya.
|
PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN
- Pelaksanaan projek-projek yang dibuat mengikut standard kejuruteraan yang ditetapkan dan memenuhi kehendak pelanggan.
- Memastikan keadaan infrastruktur sedia ada sentiasa berada di dalam keadaan yang baik dan selamat serta menjalankan penyelenggaraan sekiranya perlu.
- Laporan penilaian tender dan sebutharga untuk kelulusan Jemaah Tender dan Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga akan disiapkan seminggu sebelum Jawatankuasa bersidang.
- Perakuan Pembayaran kerja-kerja pembangunan / perkhidmatan melalui sebutharga / tender disiapkan dalam tempoh 2 hari selepas penerimaan bil / tuntutan sekiranya syarat-syarat dipenuhi.
- Bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan yang baik melalui perkhidmatan workshop yang dipilih dan teruji prestasi, yang dikaji dari masa ke semasa.
- Mengemukakan Laporan Tahunan Bahagian Berakhir 31 Disember setiap tahun kepada Bahagian Perancang Korporat sebelum 15 Januari tahun berikutnya.
- Mengemukakan Laporan Verifikasi Aset Tetap Bahagian kepada Bahagian Pentadbiran setiap tahun sebelum 31 Januari tahun berikutnya.
|