Bahagian Pembangunan Masyarakat Dan Pertubuhan Nelayan
Last updated : 14/01/2022
Seksyen Bantuan Nelayan
Unit Keselamatan dan Kebajikan Nelayan
- Menentukan dasar dan sumber kewangan bagi melaksanakan Program Elaun Sara Hidup Nelayan(ESHN) dan Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (TBKAN)
- Meluluskan permohonan baharu dan permohonan pembaharuan bagi Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) tertakluk kepada semakan dan perakuan daripada LKIM Negeri
- Membuat pembayaran Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) kepada nelayan yang berkelayakan
- Menyelaras proses pemutihan sepanjang masa keatas penerima elaun sara hidup nelayan
- Menyelaras Majlis Pembayaran Program Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai mengikut keperluan.
- Menguruskan Tabung Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan (TBKAN) bagi nelayan yang ditimpa musibah
- Menyelaras caruman insuran kelompok nelayan / caruman ke PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) bagi nelayan yang berkelayakan (penerima ESH).
- Menyediakan laporan program-program yang dilaksanakan
Unit Subsidi Diesel/Petrol
- Merancang, melaksana dan menyelaras Skim Minyak Bersubsidi Diesel dan Petrol Nelayan
- Meluluskan permohonan baharu dan permohonan pembaharuan bagi Skim Minyak Bersubsidi Diesel dan Petrol Nelayan tertakluk kepada semakan dan perakuan daripada LKIM Negeri
- Menyelaras keperluan kuota diesel bersubsidi untuk keperluan nelayan bagi melaksanakan aktiviti penangkapan ikan.
- Mengawalselia dan memantau Pusat Jualan Diesel / Petrol Bersubsidi.
- Menyelaras pembukaan dan penutupan pusat jualandiesel/petrol bersubsidi.
- Mengurus dan menyelia laporan pelaksanaan minyak diesel/petrol bersubsidi.
- Memantau dan mengawal urusniaga diesel/petrol bersubsidi di Persatuan Nelayan.
Unit Bantuan Khas
- Menyelaras pelaksanaan Program Rezeki Tani bagi 7 buah negeri yang terlibat berdasarkan Garis Panduan yang telah disediakan dan arahan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI)
- Merancang dan melaksanakan pemberian bantuan berasaskan perikanan (touch points) kepada nelayan yang berkelayakan dan makanan asas (foodbasket) berdasarkan situasi dan keperluan semasa
- Menyelaras pelaksanaan Program Tanaman Kontan Nelayan B40 berdasarkan Garis Panduan.
- Memantau dan menyediakan laporan bagi program-program yang dilaksanakan.
Seksyen Pembangunan Masyarakat Dan Pertubuhan Nelayan
Unit Pembangunan Masyarakat Nelayan
- Merancang program-program pembangunan sosial dan ekonomi nelayan dan keluarga nelayan meliputi isteri dan anak bagi merangsang pembentukan masyarakat nelayan yang mapan.
- Merancang aktiviti serta projek-projek ekonomi Kumpulan Nelayan seperti KUBENA dan KUNITA.
- Merancang program modal insan masyarakat nelayan seperti latihan/kursus/seminar/bengkel pengukuhan, keusahawanan dan peningkatan kemahiran komuniti nelayan.
- Penyelaras semua kursus/latihan/seminar/bengkel yang melibatkan golongan sasar di peringkat MOA (NATC) bagi pihak LKIM.
- Penyelaras program kerjasama (NBOS) dengan mana-mana kementerian/jabatan/agensi/NGO yang melibatkan masyarakat nelayan.
- Memantau dan penyediakan laporan berkaitan program/ aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan.
Unit Pembangunan Pertubuhan Nelayan
- Membantu Persatuan Nelayan (PN) dalam merancang aktiviti ekonomi bagi tujuan memperkasakan PN.
- Memantau dan mengawalselia projek ekonomi yang telah dilaksanakan seperti projek akuakultur, agropelancongan dan sebagainya.
- Membantu PN dalam menentukan viability projek yang akan dilaksanakan
- Memantau laporan kemajuan bulanan dan menyediakan laporan prestasi tahunan PN.
- Membantu meningkatkan pengurusan PN ke arah pentadbiran yang cekap.
- Merancang dan melaksanakan kursus/latihan untuk Ahli Lembaga Pengarah dan kakitangan PN.
- Membantu PN dalam melancarkan urustadbir dan penyampaian perkhidmatan melalui pembinaan pejabat PN kepada PN yang daif, menaiktaraf pejabat dan peralatan/ kemudahan pejabat
- Mengenalpasti sumber kewangan bagi pelaksanaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPNN) dan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat kebangsaan (HPPNK).
- Menyelaras pelaksananaan Konvensyen Peringkat Kebangsaan sempena HPPNK Bertindak sebagai sekteriat Pertandingan PNK Jaya dan Nelayan Jaya sempena HPPNK
Seksyen Perumahan Nelayan
Unit Perumahan Nelayan
- Merancang dan menentukan sumber peruntukan Program Khas Perumahan Nelayan
- Melaksana dan menyelaras Program Khas Perumahan Nelayan berdasarkan garis panduan.
- Memantau pelaksanaan Program Khas Perumahan Nelayan
- Menyediakan laporan berkaitan Projek Khas Perumahan Nelayan untuk kegunaan LKIM, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan stakeholder.
Seksyen Dana Nelayan
Unit Dana Nelayan
- Merancang dan mengenalpasti sumber peruntukan Dana Nelayan dan Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan
- Menyelaras keperluan Dana Nelayan dan Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan untuk kemudahan nelayan dan Persatuan Nelayan.
- Menyelaras, mengurus dan memproses permohonan daripada nelayan dan Persatuan Nelayan
- Menyalur pinjaman Dana Nelayan dan Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan kepada nelayan dan Persatuan Nelayan untuk menjalankan projek-projek ekonomi.
- Memantau dan menyediakan laporan pelaksanaan dan kemajuan projek serta prestasi bayaran balik.