Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA)

Dalam usaha memperbaiki kedudukan sosioekonomi dikalangan masyarakat nelayan, perhatian perlu ditumpukan kepada keluarga nelayan yang terdiri daripada isteri nelayan dan juga anak-anak yatim.

Isteri para nelayan dapat meaminkan peranan pentign untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjlankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). Dengan adanya KUNITA, memudahkan pihak LKIM menyelaras atau menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran ini.

Kumpulan Wanita Nelayan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.

Objektif penubuhan KUNITA:

  1. Mewujudkan keluarga yang mempunyai taraf sosio-ekonomi yang baik.
  2. Mewujudkan masyarakat nelayan yang bermoral dan beretika.
  3. Mengukuhkan kegiatan sosial dan ekonomi Persatuan Nelayan menerusi usaha galakan menabung, perniagaan dan pelaburan.
  4. Mengenalpasti dan mengusahakan potensi tenaga wanita untuk menambah pendapatan keluarga.
  5. Melahirkan pemimpin wanita dan beliawanis di kalangan isteri dan anak – anak nelayan.
  6. Memberi peluang kepada wanita untuk bersuara dan berfikiran terbuka.

Syarat Penubuhan KUNITA:

Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.

Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hinga 8 orang.

Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.

Syarat keahlian:

Isteri nelayan yang mana suaminya adalah ahli Persatuan Nelayan.

Anak atau adik perempuan nelayan yang berumur 18 tahun ke atas.

Ibu tunggal yang kematian suami yang bekerja sebagai nelayan.

Bilangan ahli KUNITA mengikut negeri :

 

Bil.

Negeri

Bilangan KUNITA

Keahlian

1.

Perlis

1

150

2.

Kedah

4

184

3.

Pulau Pinang

6

490

4.

Perak

2

39

5.

Selangor

2

207

6.

Negeri Sembilan

2

44

7.

Melaka

1

24

8.

Johor

9

298

9.

Pahang

5

86

10.

Terengganu

6

292

11.

Kelantan

2

70

12.

Sarawak

15

1,805

13.

Sabah

9

486

14.

W.P Labuan

2

45

Jumlah

66

4,220

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  1. Standard Operating Procedure bagi permohonan bantuan kepada kumpulan ekonomi nelayan:

 

Kriteria bantuan naiktaraf premis perniagaan dan pembelian peralatan projek Kunita yang boleh dipertimbangkan ialah

  i.      Tapak premis adalah milik Persatuan Nelayan/ LKIM/ Kerajaan Negeri.

ii.     Bagi premis yang disewa mestilah sewaan secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama surat permohonan.

 iii.        Bagi pembekalan peralatan mestilah sesuai untuk kegunaan projek.

iv.   Mempunyai potensi untuk berkembang tetapi mempunyai kekangan dari segi modal untuk pembangunan infrastruktur dan peralatan. 

Aktiviti-aktiviti Kunita

Kunita PNK Bacok

Kunita PNK Bachok Kelantan menjalankan pemprosesan ikan talang masin

Kunita Sri Betong, Pulau Pinang.

Program Ceramah/ Motivasi