Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Kawalselia Pendaratan Ikan dan Penguatkuasaan

Last updated : 17/10/2020

PROGRAM-PROGRAM BAHAGIAN KAWALSELIA
PENDARATAN IKAN DAN PENGUATKUASAAN


Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan dan Penguatkuasaan ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971 dan Kaedah-Kaedah dibawahnya melalui pelaksanaan pelbagai program seperti  dibawah:

  1. Program Pengiktirafan Tempat Pendaratan Ikan Bagi Pengeksportan Ikan ke Kesatuan Eropah
  2. Program Pengawasan Kualiti Tempat Pendaratan Ikan Bagi Pengeksportan Ikan ke Kesatuan Eropah
  3. Program Kebenaran Jeti Pendaratan Ikan (Persendirian)
  4. Program Pengawasan Kualiti dan Kendalian Bagi Rantaian Perikanan Domestik
  5. Program Operasi Pemantauan dan Penguatkuasaan
  6. Program Sekatan Eksport Sempena Musim Perayaan dan Musim Tengkujuh
  7. Program Pembangunan Modal Insan

Program pertama dan kedua adalah program antarabangsa yang melibatkan pihak Kesatuan Eropah yang terdiri daripada Directorate-General for Maritime Affairs and Fisheries (DG MARE) dan Directorate-General for Health and Food Safety (DG SANTE). Program ini wujud selaras dengan peranan LKIM sebagai Competent Authority dalam mengiktiraf tempat pendaratan ikan yang berkelayakan sahaja untuk pendaratan ikan yang bakal di eksport ke Kesatuan Eropah.

  1. PROGRAM PENGIKTIRAFAN TEMPAT PENDARATAN IKAN BAGI PENGEKSPORTAN IKAN KE KESATUAN EROPAH

Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan kawalan rasmi di sepanjang rantaian pengeluaran produk perikanan bagi subsektor perikanan tangkapan khususnya di tempat-tempat pendaratan ikan yang diiktiraf. Program ini memastikan tempat pendaratan ikan yang diiktiraf memenuhi piawaian kualiti dan keselamatan makanan di peringkat domestik dan antarabangsa. Melalui program ini, operator tempat pendaratan ikan perlu melaksanakan ‘Good Handling Practices (GHP)’ yang merangkumi pelbagai komponen keselamatan makanan di tempat pendaratan ikan bagi mencapai tahap kualiti dan kebersihan yang memuaskan selari dengan piawaian yang ditetapkan oleh negara pengimport terutamanya negara-negara Kesatuan Eropah (European Union, EU) di bawah Council Regulation (EC) No. 852/2004 The Hygiene of Food Stuff dan Council Regulation (EC) No. 853/2004 Specific Hygiene Rules for Food of Animal Origin. Kesemua komponen yang terlibat dengan keselamatan dan kebersihan adalah tertakluk di bawah seliaan European Commission Directorate-general for Health and Consumers Protection (DG SANCO).

Aktiviti-aktiviti utama yang dilaksanakan:

  • Pengiktirafan Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan dan Jeti Perikanan Persendirian selaras dengan Peraturan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pengiktirafan Tempat Pendaratan Ikan untuk Eksport Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2010.
  • Perlaksanaan proses pengiktirafan tempat pendaratan ikan melibatkan pemeriksaan dokumen, pematuhan dan pengawasan selaras dengan ‘Standard Operating Procedures (SOP) for Fish Landing Site Approval and Monitoring Programme’ bagi tujuan pengeksportan.
  • Khidmat nasihat kepada operator tempat pendaratan ikan dari aspek amalan pengendalian ikan, sanitasi dan kebersihan.
  • Memastikan kenderaan pengangkutan ikan ke kilang-kilang mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Perlaksanaan ’Council Regulation (EC) No. 1005/2008 Establishing A Community System to Prevent, Deter and Eliminate Illegal, Unreported and Unregulated Fishing (IUU)’ bersama Jabatan Perikanan Malayasia dengan mengeluarkan Sijil Tangkapan Ikan bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah dan kawalan import eksport ikan di pintu keluar masuk Sabah dan Sarawak.
  • Sebanyak empat (4) tempat pendaratan ikan yang diiktiraf pada tahun 2019 bagi tujuan pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah manakala 11 tempat pendaratan diletakkan dalam status persediaan sekiranya mendapat permohonan daripada pihak stakeholders.
  1. UNDANG-UNDANG TERPAKAI
    Undang-undang semasa dan yang telah dipinda bagi memberi kuasa kepada pegawai Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan menjalankan tugas adalah seperti berikut:
      • Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Akta 49,1971.
      • Kaedah-Kaedah Pemasaran Ikan 2010 .
      • Kaedah-Kaedah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Kompleks Perikanan, Labuhan Perikanan Dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010.
      • Peraturan-Peraturan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (Pengiktirafan Tempat Pendaratan Ikan Untuk Eksport Ikan Ke Kesatuan Eropah) 2010
      • Tatacara Jeti Pendaratan Ikan 2019
  1. PROSEDUR OPERASI PIAWAI DAN GARIS PANDUAN
    Prosedur Operasi Piawai (SOP) dan garis panduan yang telah disediakan oleh Bahagian Kawalselia adalah seperti berikut:-

    • Prosedur Operasi Piawai
      • Prosedur Operasi Piawai (SOP) Untuk Kelulusan Dan Pengesahan Rasmi Terhadap Tempat Pendaratan Ikan Bagi Pembekalan Rantaian Makanan Ke Kesatuan Eropah.
      • Prosedur Operasi Piawai (SOP) Untuk Pemantauan Pengunaan Air Dan Ais Dalam Pembekalan Rantaian Makanan Ke Kesatuan Eropah.
      • Prosedur Operasi Piawai (SOP) Untuk Pemeriksaan Indeks Kesegaran Terhadap Bahan Mentah Produk Perikanan Di Tempat Pendaratan Ikan.
    • Garis Panduan:
      • Garis panduan Bagi Menyediakan Dokumentasi Terhadap Prosedur Operasi Piawai (SOP) Dan Penyediaan Manual Amalan Baik Kebersihan Di Tempat Pendaratan Ikan.
      • Garispanduan Bagi Keperluan Pematuhan Kesatuan Eropah Terhadap Tempat Pendaratan Ikan.
  1. VERIFIKASI TEMPAT PENDARATAN IKAN
    • Bahagian Kawalselia Pendaratan Ikan dan Penguatkuasaan LKIMM Ibu pejabat menjalankan lawatan dan verifikasi awal ke atas Kompleks Pendaratan
      Ikan LKIM dan juga beberapa Jeti Pendaratan Ikan (persendirian) yang telah menunjukkan minat untuk mengeksport produk-produk
      perikanan ke Kesatuan Eropah (EU).

      • AKTIVITI-AKTIVITI UTAMA SEKSYEN PENGUATKUASAAN
  1. Senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Seksyen Penguatkuasaan