Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pembangunan Perikanan Laut Dalam

Diwujudkan dengan matlamat untuk meningkatkan produktiviti tangkapan ikan dan perusahaan yang berkaitan melalui peningkatan teknologi dan kemahiran terutamanya di kawasan – kawasan pembangunan nelayan. Fokus utama yang sedang dilakukan adalah untuk memastikan sumber protein negara iaitu ikan dapat diperolehi secara mapan dan melibatkan golongan belia. Oleh yang demikian, pelbagai program sedang dilaksanakan seperti berikut;

 

Diantara program  Pembangunan Perikanan Laut adalah seperti berikut :

 

Program Pemodenan Bot Nelayan

Program pemodenan laut dalam adalah salah satu usaha untuk membantu nelayan dalam meningkatkan infrastruktur bot dan peralatan terkini sektor penangkapan ikan. Penggunaan peralatan moden adalah digalakkan bagi mengurangkan kos operasi penangkapan ikan disamping memudahkan operasi nelayan ke laut dengan penggunaan peralatan moden dan efisyen.

 

Bantuan Peralatan Moden (Touch Point)

Program bantuan peralatan bertujuan untuk menggalakkan nelayan turun ke laut menggunakan bot yang lebih moden dan peralatan menangkap ikan yang lebih baik. Penggunaan peralatan moden dapat membantu mengurangkan kos operasi, masa dan meningkatkan hasil tangkapan. Ini secara tidak langsung menambah pendapatan nelayan secara amnya.

Diantara bantuan yang boleh diberikan kepada nelayan melalui program ini adalah seperti berikut:

  • Menaiktaraf bot fibre glass
  • Menaiktaraf enjin bot sediada
  • Menaiktaraf peralatan menangkap ikan baru

 

Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI)

Pembangunan Sistem Penentuan Lokasi Penangkapan Ikan (FSI) dengan teknologi terkini bagi capaian lokasi penangkapan ikan yang lebih efisyan.  Sistem ini dapat meramal dan menentukan zon potensi tangkapan ikan dari masa ke semasa dengan menggunakan aplikasi dan peranti yang berkesan. Penggunaan sebaran menghantar maklumat melalui penggunaan telefon dapat menjimatkan masa dan penyampai yang lebih tepat serta terkini dapat di wujudkan. Program ini dibangunakan melalui jalinan kerjasama antara LKIM, NEKMAT, Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

 

Kursus Modal Insan

Kursus Modal Insan bertujuan untuk melatih dan memberi pengetahuan yang lebih mendalam kepada nelayan dalam kemahiran pengendalian peralatan menangkap ikan. Melalui kursus yang dijalankan ianya dapat membantu nelayan mengendali peralatan dengan betul serta mempunyai kemahiran dalam membaikpulih peralatan sekiranya berlaku kerosakan kepada peralatan.

Antara kursus kemahiran teknologi peralatan perikanan yang diberikan kepada nelayan adalah merangkumi aspek :

  1. Penyelenggaraan enjin bot
  2. Pengendalian tangkapan ikan yang baik
  3. Pembuatan bubu dan pelbagai peralatan yang berkesan untuk menangkap ikan.
  4. Pengenalan dan teknik-teknik penggunaan peralatan-peralatan moden menangkap ikan.

Kerjasama Strategik bagi Pembangunan Perikanan Laut

Dibawah Program Pembangunan Perikanan Laut juga pihak LKIM menjalinkan kerjasama strategik bersama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) yang merangkumi program seperti berikut:

 

  • Projek Pembangunan Industri Perikanan Tuna
    Projek ini adalah bertujuan membangunkan industri perikanan tuna melalui peningkatan kemudahan pelabuhan dan pembangunan industri hiliran berasaskan tuna.

  • Projek Pembangunan Unjam
    Projek Pembangunan Unjam adalah sebagai langkah jangka pendek yang berkesan bagi memelihara habitat sumber marin di samping membantu dan memudahkan aktiviti pencarian dan penangkapan ikan oleh nelayan tempatan.