Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Unit Undang-Undang


Pengenalan

Unit Undang-Undang ditubuhkan dengan keperluan bagi menjaga kepentingan LKIM dari segi perundangan. Unit ini diletakkan di bawah seliaan Ketua Pengarah LKIM. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Undang-Undang dan disokong oleh seorang Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, seorang Pembantu Ehwal Ekonomi serta seorang Pembantu Tadbir Perkeranian dan Operasi.

 

Misi

Menjadi Unit yang :

  • diiktiraf kerana kecekapan, profesionalisme dan responsif dalam menguruskan hal ehwal perundangan; dan
  • mampu membuat keputusan bernas yang mengambil kira kepentingan awam, keadilan dan manfaat berterusan kepada negara.

 

Visi

Menjadi unit yang berwibawa dalam memberi nasihat dan menguruskan hal ehwal perundangan yang professional dan bermutu selari dengan perundangan Malaysia.

 

Objektif

Mengurus hal ehwal perundangan serta memberi nasihat perundangan yang berkualiti dan professional selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia kepada LKIM.

 

Piagam Pelanggan

Kami komited dalam menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra pelanggan seperti berikut :

  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada LKIM dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh diterima (bergantung kepada tahap kekompleksan kes dan keterlibatan agensi lain)
  • Menyemak dan mengemaskini perundangan bagi setiap lima (5) tahun
  • Memfailkan kes-kes tuntutan sivil ke Mahkamah dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh aduan lengkap diterima menerusi panel peguam yang dilantik.
  • Melantik panel peguam bagi mewakili LKIM dalam tempoh satu (1) minggu dari tarikh terima saman litigasi sivil terhadap LKIM.
  • Memberi maklum balas terhadap pemasalahan perundangan yang dihadapi dalam tempoh satu (1) minggu (bergantung kepada tahap kekompleksan kes).

 

Fungsi / Peranan Unit Undang-Undang

Unit Undang-Undang dibahagikan kepada dua (2) sektor bagi melicinkan urusannya, iaitu Sektor Pentadbiran dan Sektor Litigasi, Semakan dan Nasihat Perundangan.

(a) Sektor Pentadbiran

  • Menguruskan urusan surat-menyurat dalaman dan luaran.
  • Mengawal selia fail-fail Unit Undang-Undang keseluruhannya (Fail Aktif, Dalam Proses, Tidak Aktif), termasuklah Bilik Fail.
  • Menguruskan hal ehwal staf Unit Undang-Undang
  • Menyediakan laporan bulanan / tahunan
  • Menguruskan hal berkaitan kewangan termasuklah peruntukan / bajet
  • Memastikan urusan pentadbiran selaras dengan standard ISO sentiasa dipatuhi
  • Menyelaras hal-hal berkaitan aset-aset unit dan aspek kualiti bahagian.

(b) Sektor Litigasi, Semakan dan Nasihat Perundangan

  • Menyelaras dan meneliti kes-kes berkaitan tuntutan sivil.
  • Merekodkan setiap butiran kes dalam sistem computer.
  • Mengeluarkan Notis Tuntutan (NOD) kepada pihak yang terlibat.
  • Memantau dan melakukan pengemaskini status (getting-up”) setiap kes mahkamah, memantau dan melaporkan perkembangan kes-kes litigasi.
  • Menyediakan laporan terkini berkenaan perkembangan kes.
  • Mengemaskini semua peruntukan perundangan yang digunapakai oleh LKIM dari semasa ke semasa.
  • Memberi khidmat nasihat perundangan kepada LKIM secara umumnya berkenaan perkara yang dirujuk kepada Unit Undang-Undang.
  • Mengurus dan bertanggungjawab membuat penyelidikan setiap perkara perundangan yang dirujuk kepada unit Undang-Undang.
  • Meneliti dan menyemak dokumen perundangan (perjanjian usahasama, kontrak dan pelbagai instrument perundangan lain) yang menyentuh LKIM sebagai suatu pihak terlibat bagi memastikan kepentingan LKIM sentiasa dilindungi.
  • Menyemak draf perjanjian yang disediakan oleh panel peguam
  • Menyediakan bahan-bahan rujukan undang-undang yang mencukupi untuk kegunaan LKIM.

 

Hubungi Kami:

Unit Undang-Undang
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Aras 3, Wisma LKIM, Jalan Desaria,
Pulau Meranti, 47120 Puchong
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03 – 8064 9000
Emel : fairulizwan@lkim.gov.my

 

*The content only available in Bahasa Malaysia at the moment.