Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN PEMASARAN DAN PELESENAN

VISI BAHAGIAN

Menjadi agen penjana pengukuhan pemasaran dalam industri perikanan negara.

 

MISI BAHAGIAN

Memastikan sistem pemasaran yang cekap, berkesan dan berdaya saing.

 

PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

  • Menyediakan laporan keberhasilan (outcome) aktiviti promosi dan eksposisi dalam masa 1 bulan selepas pelaksanaan program.
  • Menyediakan laporan harga komoditi ikan terpilih di pasaran tempatan kepada Kementerian (MOA) setiap 2 minggu.
  • Memberikan keputusan kepada permohonan projek-projek pembangunan yang dikemukakan oleh kumpulan sasar dalam tempoh 1 bulan tertakluk kepada permohonan yang dikemukakan lengkap.
  • Memberi maklumbalas atau jawapan kepada semua pertanyaan rasmi, aduan awam dan surat-surat biasa dalam tempoh 3 hari bekerja.
  • Bayaran insentif pendaratan ikan dibayar pada setiap 16 haribulan bulan berikutnya.
  • Memberi keputusan ke atas permohonan lesen mengimport, mengeksport dan berniaga ikan dalam tempoh 10 hari bekerja dengan syarat semua maklumat dan dokumen lengkap.
  • Melaksanakan pembaharuan lesen dalam masa tidak lebih dari satu jam dengan syarat semua maklumat yang diperlukan dibekalkan oleh pemegang lesen.

 

OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Mengenalpasti dan mewujudkan saluran pasaran baru bagi hasilan perikanan termasuk komoditi akuakultur di peringkat domestik dan antarabangsa.
  • Mewujudkan sistem pengurusan maklumat berkaitan pasaran industri perikanan yang efisien untuk membantu semua pihak yang berkepentingan (stakeholders).
  • Memendekkan rantaian bekalan (supply chain) bagi menjana harga pulangan terbaik kepada nelayan serta harga patut dan setimpal kepada pengguna.
  • Menggerakkan Persatuan Nelayan terlibat aktif dalam pemasaran hasilan perikanan supaya menjadi penyumbang utama kepada ekonomi Persatuan Nelayan dan ahli-ahlinya.
  • Mewujudkan peraturan yang berpatutan bagi mengawal pengimportan, pengeksportan (Sabah & Sarawak) dan perniagaan ikan untuk menggalakkan amalan pemasaran ikan yang baik bagi menyokong perkembangan industri perikanan negara.
  • Menguatkuasakan Undang – Undang dan Peraturan sebagai mana yang termaktub di dalam Akta LKIM 1971 serta undang–undang yang wujud di bawahnya (Kaedah Pemasaran Ikan 2013 dan Kaedah–Kaedah LKIM (Kompleks, Labuhan dan Jeti Pendaratan Ikan) 2010

 

  • Menjalankan pemantauan dan penilaian Perundangan berkaitan.

 

FUNGSI SEKSYEN

  • Seksyen Pengurusan Maklumat Pemasaran

 

  • Merancang, menyelaras, menyelia dan malaksana Program Pengisytiharan Pendaratan Ikan.
  • Merancang, menyelaras, menyelia dan malaksana Program Insentif Hasil Tangkapan Ikan.
  • Merancang, menyelaras, menyelia, melaksana dan memantau Program Risikan Pasaran.
  • Menyelaras kerjasama antara agensi dan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi memudahcara ekosistem perniagaan di dalam sektor perikanan.

 

  • Seksyen Pengukuhan Pasaran

 

  • Merancang, Membangun, Melaksana dan Mengawalselia Program Pasar Nelayan.
  • Merancang, Membangun, Melaksana dan Mengawalselia Program Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan (CCDC).
  • Merancang, Membangun, Melaksana dan Mengawalselia Pasar LKIM Bergerak Prihatin Rakyat (PLBPR)
  • Merancang, Membangun, Melaksana dan Mengawalselia Program Ladang Kontrak MAFI 2.0
  • Menganalisa dan mengumpul maklumat kebolehlaksanaan Program Pasar Nelayan, CCDC, PLBPR dan Ladang Kontrak MAFI menggunakan peruntukan semasa.
  • Menyediakan maklumat yang berkaitan dengan nilai urusniaga dan nilai keluaran bagi projek Pasar Nelayan, CCDC, PLBPR dan Ladang Kontrak MAFI melibatkan 14 Negeri.
  • Memantau pelaksanaan program Pasar Nelayan, CCDC, PLBPR dan Ladang Kontrak MAFI

 

  • Seksyen Khidmat Sokongan Pemasaran

 

  • Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau Projek pembangunan baru / peningkatan sedia ada dibawah Program Stok Penimbal Ikan Negara.
  • Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau Projek Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan.
  • Merancang, mengurus, melaksanakan dan memantau Program Ikan Segar Beku.
  • Mengenalpasti dan membantu menyediakan kemudahan Logistik, peralatan dan kelengkapan dan galakan pasaran dibawah Program Ikan Segar Beku.
  • Mengenalpasti dan membantu menyediakan kemudahan Geran/Modal pusingan pembelian & stok simpanan ikan, pengangkutan dan pengedaran (matching geran) dan Logistik pembekuan dan penyimpanan dibawah Program Stok Penimbal Ikan Negara.
  • Mengenalpasti dan membantu menyediakan kemudahan Logistik pengangkutan dan pengedaran, Logistik pembekuan dan penyimpanan, peralatan pemasaran dan galakan pasaran di bawah program Pemasaran Ikan Persatuan Nelayan.
  • Merekod dan menganalisa Laporan Urusniaga Pemasaran Persatuan Nelayan dan Program Ikan Segar Beku setiap bulan.
  • Mengawalselia isu pengurusan hutang LKIM yang melibatkan penghutang Dana Inisiatif Stok Barang Makanan dan Dana Ikan Rakyat

 

  • Seksyen Komoditi Akuakultur
    • Menyelia dan memantau pembangunan projek-projek akuakultur berimpak tinggi (HIP) dalam Zon Industri Akuakultur (ZIA).
    • Mengenalpasti, merancang, melaksanakan dan memantau program/ projek/ aktiviti pembangunan akuakultur yang dijalankan oleh persatuan nelayan dan usahawan akuakultur serta projek-projek LKIM di bawah program penswastaan.

 

  • Seksyen Pelesenan
    • Menguruskan pemohonan baru dan pembaharuan Lesen Import, Eksport, Borong dan Runcit dalam Kompleks LKIM.
    • Memproses dan mencetak Lesen Import, Eksport, Borong, Pendaftaran Peniaga dan Runcit dalam kompleks.
    • Memantau keaktifan pengimport, pengeksport dan peniaga ikan.
    • Memeriksa premis bagi pematuhan kepada syarat permohonan lesen import dan eksport.

Urusetia menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan LKIM.

Hubungi Kami

Bahagian Pemasaran dan Pelesenan

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia,

Aras G , Wisma LKIM,

Jalan Desaria, Pulau Meranti,

47120 Puchong, Selangor.

 

No. Telefon: 03-80649026

No. Faks: 03-80602282/2560