Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN)

Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) yang berorientasikan konsep kesukarelawanan meru​pakan pasukan keselamatan bukan kerajaan yang cekap dan terlatih bertujuan untuk memberi bantuan dalam misi menyelamat serta operasi bencana atau kemalangan di laut membabitkan masyarakat nelayan.

 

Program ini diilhamkan oleh YB Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan mula dilaksanakan pada 15 September 2016 di Terengganu.  Program ini telah dijenamakan semula sebagai Kumpulan Keselamatan Nelayan (KESAN) berikutan gabungan antara Sukarelawan Perikanan (SUPER) dan Kumpulan Keselamatan Nelayan (KUKENAL).

 

Bekerjasama dengan pasukan penyelamat seperti PDRM, BOMBA dan RELA serta membantu di dalam operasi pemindahan mangsa bencana ke pusat penempatan yang telah ditetapkan atau operasi search and rescue (SAR) bagi kemalangan di laut.

 

Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan dan mempertingkatkan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta kursus dengan situasi bencana atau operasi SAR bagi kemalangan di laut selain untuk melahirkan anggota kumpulan yang berkemahiran dalam membantu masyarakat nelayan dan bekerjasama dalam usaha Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) sebagai saluran komunikasi kepada agensi penguatkuasa dan penyelamat.

Bilangan kursus yang diadakan dan peserta yang telah hadir mengikut negeri; :

 

Bil.

Negeri

Bilangan KUNITA

Keahlian

1.

Perlis

1

40

2.

Kedah

3

94

3.

Pulau Pinang

3

91

4.

Perak

4

95

5.

Selangor

3

86

6.

Negeri Sembilan

1

22

7.

Melaka

2

60

8.

Johor

8

247

9.

Pahang

3

122

10.

Terengganu

4

122

11.

Kelantan

3

111

12.

Sarawak

9

328

13.

Sabah

10

207

14.

W.P Labuan

0

0

Jumlah

54

1625

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan Bergambar

Operasi Search dan Rescue (SAR) PNK Bachok, Kelantan bagi mencari nelayan hilang

Gambar sekitar Kursus Keselamatan Nelayan (KESAN) yang telah diadakan dengan penglibatan nelayan dan pasukan Bomba dan penyelamat.