Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pusat-pusat Pemeriksaan Ikan

Pada tahun 2013, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) ditubuhkan dan telah mengambil alih beberapa tugas-tugas yang dijalankan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum itu. Tugas utama MAQIS ialah memberi perkhidmatan kuarantin, pemeriksaan dan penguatkuasaan di semua pintu masuk yang diwartakan. MAQIS berperanan memastikan barangan pertanian (tumbuhan, daging dan ikan) yang dibawa masuk ke Malaysia bebas daripada penyakit dan perosak selain selamat dimakan pengguna.

 

MAQIS menjaga 57 pintu masuk negara ini iaitu di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali Sabah dan Sarawak. Oleh itu, pintu masuk di Sabah dan Sarawak perlu diberikan perhatian yang serius bagi memastikan keselamatan makanan di Malaysia terjamin.

 

Justeru, LKIM sebagai agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan mengambil tanggungjawab menjalankan kerja-kerja penguatkuasa di pintu masuk yang tidak dapat dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) di pintu masuk Sabah dan Sarawak.

Senarai Pusat Pemeriksaan Ikan Di Negeri Sarawak Dan Sabah

 

NEGERI

BIL.

PUSAT PEMERIKSAAN IKAN

Sarawak

1.

PPI Lapangan Terbang Kuching

 

2.

PPI Senari Port

 

3.

PPI Tebedu / Entikong, Serian

 

4.

PPI Mengkalap, Lawas

 

5.

PPI Tedungan, Limbang

 

6.

PPI Pandaruan, Limbang

 

7.

PPI Lapangan Terbang Bintulu

 

8.

PPI Pelabuhan Bintulu

 

9.

PPI Lapangan Terbang Miri

 

10.

PPI Pelabuhan Miri, Baram

 

11.

PPI Lubuk Antu, Seri Aman

 

12.

PPI Pelabuhan Rajang, Sibu

 

13.

PPI Lapangan Terbang Sibu

 

14.

PPI Sungai Tujuh, Baram, Miri

 

15.

PPI LKIM Pelabuhan Tg. Manis

 

16.

PPI C.I.Q Biawak, Lundu

 

17.

PPI Merapok

Sabah

1.

Lapangan Terbang Kota Kinabalu

 

2.

Pelabuhan Kota Kinabalu

 

3.

Lapangan Terbang Sandakan

 

4.

Pelabuhan Sandakan

 

5.

Lapangan Terbang Tawau

 

6.

Pelabuhan Tawau