Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pembangunan Akuakultur

Pembangunan akuakultur dilaksanakan melalui program Peningkatan Keupayaan Akuakultur Komuniti Nelayan dengan penumpuan kepada penglibatan kumpulan sasar Persatuan Nelayan.

 

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Memfokuskan peningkatan pendapatan golongan sasar seperti Persatuan Nelayan, usahawan/penternak akuakultur.
  • Meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan ikan dalam negara.
  • Meningkatkan keupayaan akuakultur dalam membekalkan sumber protein kepada negara.
  • Mengoptimumkan penggunaan tanah di LKIM dengan penglibatan Persatuan Nelayan dan ahlinya.
  • Memfokuskan penggunaan teknologi baharu, IoT (Internet of Things) dan AI (Artificial Intelligence) dalam kaedah penternakan akuakultur moden.

 

LKIM menggalakkan penglibatan dan pelaburan pihak swasta dalam bidang akuakultur untuk mengoperasikan dan mengembangkan projek-projek akuakultur berimpak tinggi (High Impact Project, HIP) dalam Zon Industri Akuakultur (ZIA) di tanah milik LKIM.

Bilangan Persatuan Nelayan terlibat dengan projek akuakultur mengikut negeri:

 

Bil.

Negeri

Persatuan Nelayan

1.

Johor

3

2.

Kedah

3

3.

Kelantan

4

4.

Melaka

2

5.

Negeri Sembilan

2

6.

Pahang

2

7.

Perak

3

8.

Pulau Pinang

4

9.

Sabah

5

10.

Sarawak

4

11.

Selangor

1

12.

Terengganu 

4

13.

WP Labuan

1

Jumlah

38

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ternakan Udang Dalam Kolam,Taman Akuakultur LKIM Badong, Pekan, Pahang melalui pelaburan dan penglibatan pihak swasta.

 

Projek Ternakan Udang Dalam Kolam  Fasa 2 Telaga Air, Sarawak oleh PNK Satang Biru.

Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar PNK Teluk Bahang di Pantai Kamloon, Pulau Pinang.

Ternakan Ikan tilapia dalam sangkar di Pantai Kamloon, Pulau Pinang oleh PNK Teluk Bahang.

Pusat pembenihan Udang Kara di Port Dickson, Negeri Sembilan oleh Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson.

Projek Ternakan Ikan Dalam Kolam di Seri Menanti Negeri Sembilan Persatuan Nelayan Negeri Sembilan