Petunjuk Prestasi Utama (KPI) LKIM
Last updated : 24/07/2020
PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) LKIM
- Meningkatkan pendapatan sebanyak RM 300.00 / bulan kepada 200 orang penerima bantuan dibawah Program Pembasmian Kemiskinan Masyarakat Nelayan.
- Meningkatkan pendapatan sebanyak RM 300.00 / bulan kepada 200 orang penerima bantuan dibawah Program Azam Tani.
- Menaiktaraf 5 buah Kompleks dan Pelabuhan bagi memenuhi piawaian antarabangsa.
- Memperkukuhkan Program Perumahan Nelayan dengan menetapkan aktiviti pembaikpulihan 4000 buah rumah, pembinaan 400 buah rumah, 4 penempatan nelayan dan 37 buah kampung untuk keceriaan kampung nelayan.
- Mengeksport produk 5 usahawan (tahap 5) ke negara Asean serta 3 outlet di negara pengimport dan 3 syarikat berjaya melaksanakan padanan perniagaan (bussiness matching).
- Meggalakkan 70 Persatuan Nelayan membeli ikan secara terus daripada 6,000 orang nelayan dengan jumlah kendalian 2,250 mt.
- Membina 4 Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Ikan Akuakultur melibatkan 4 orang peserta dengan jumlah kendalian adalah 100 mt.
- Membina 20 buah pasar nelayan dengan nilai jualan tahunan sebanyak RM 40 juta serta 800 nelayan memperoleh jumlah pendapatan sebanyak RM 2,000.00 setiap orang.
- Membangunkan 50 usahawan agropreneur muda tahap 1 dan 2 melalui program Geran Pemadanan.
- Mempertingkatkan kemahiran dan modal insan untuk 658 orang nelayan melalui 21 kursus yang dilaksanakan.
- Menjadikan Kompleks LKIM Labuan sebagai Hub Pendaratan Tuna dengan kuantiti pendaratan 30 mt.
- Menyediakan keperluan harian bagi 52,000 orang penerima faedah melalui Program Pemberian Makanan Nelayan 1 Malaysia (MN1M)
Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI)
- Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPI April 2020 – Jun 2020
- Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPI Januari 2020 – Mac 2020
- Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPI sehingga September 2019
- Laporan Pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPI sehingga Disember 2018