Isteri para nelayan dapat meaminkan peranan pentign untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjlankan aktiviti ekonomi menerusi Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA). Dengan adanya KUNITA, memudahkan pihak LKIM menyelaras atau menyalurkan bantuan kepada kumpulan sasaran ini.
Kumpulan Wanita Nelayan merupakan satu pertubuhan tidak rasmi yang bergerak di bawah penyeliaan Persatuan Nelayan.
Kumpulan ini boleh ditubuhkan dengan minimum 10 orang ahli.
Melantik Ketua Kumpulan, Penolong Ketua, Setiausaha dan AJK seramai 6 hinga 8 orang.
Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 1 kali dalam setahun dan minit mesyuarat disediakan.
Isteri nelayan yang mana suaminya adalah ahli Persatuan Nelayan.
Anak atau adik perempuan nelayan yang berumur 18 tahun ke atas.
Ibu tunggal yang kematian suami yang bekerja sebagai nelayan.
Bilangan ahli KUNITA mengikut negeri :
Bil. | Negeri | Bilangan KUNITA | Keahlian |
1. | Perlis | 1 | 150 |
2. | Kedah | 4 | 184 |
3. | Pulau Pinang | 6 | 490 |
4. | Perak | 2 | 39 |
5. | Selangor | 2 | 207 |
6. | Negeri Sembilan | 2 | 44 |
7. | Melaka | 1 | 24 |
8. | Johor | 9 | 298 |
9. | Pahang | 5 | 86 |
10. | Terengganu | 6 | 292 |
11. | Kelantan | 2 | 70 |
12. | Sarawak | 15 | 1,805 |
13. | Sabah | 9 | 486 |
14. | W.P Labuan | 2 | 45 |
Jumlah | 66 | 4,220 |
Kriteria bantuan naiktaraf premis perniagaan dan pembelian peralatan projek Kunita yang boleh dipertimbangkan ialah
i. Tapak premis adalah milik Persatuan Nelayan/ LKIM/ Kerajaan Negeri.
ii. Bagi premis yang disewa mestilah sewaan secara sah dengan baki sekurang-kurangnya 2 tahun tempoh sewaan. Salinan dokumen penyewaan premis wajib disertakan bersama surat permohonan.
iii. Bagi pembekalan peralatan mestilah sesuai untuk kegunaan projek.
iv. Mempunyai potensi untuk berkembang tetapi mempunyai kekangan dari segi modal untuk pembangunan infrastruktur dan peralatan.
Aktiviti-aktiviti Kunita
Kunita PNK Bacok
Kunita PNK Bachok Kelantan menjalankan pemprosesan ikan talang masin
Kunita Sri Betong, Pulau Pinang.
Program Ceramah/ Motivasi