Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Bantuan Sara Hidup Nelayan

Bantuan Sara Hidup Nelayan ialah bantuan secara bulanan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warganegara yang bekerja di atas vesel berlesen. Program ini adalah antara usaha kerajaan untuk membantu golongan nelayan meringankan bebanan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan peningkatan kos sara hidup.

Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk menerima bayaran adalah terdiri daripada tiga (3) kategori seperti berikut:

a.    Pemilik vesel perikanan zon A;

b.    Pemilik vesel transformasi zon A yang berstatus syarikat; dan

c.  Pekerja (awak-awak) atas vesel berlesen bagi zon A, B, C dan C2 bertaraf warganegara Malaysia.

Syarat kelayakan untuk menerima Bantuan Sara Hidup Bulanan adalah seperti berikut:

a.    Memiliki MyKad (Biru);

b.    Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan;

c.     Memiliki Kad Nelayan yang sah berkuatkuasa;

d.  Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia; atau memiliki lesen vesel perikanan yang sah, yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Perkakas dari Jabatan Perikanan Sabah;

e.    Status pengambilan minyak yang aktif;

f.      Didaftarkan sebagai pekerja vesel (awak-awak) oleh pemilik vesel individu dan syarikat;