Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan

Pusat Pemperosesan Hasil Perikanan (PPHP) telah mula dibangunkan pada tahun 1990-an, yang mana berfungsi sebagai pusat mengumpul, memproses dan membungkus produk hasil laut, seperti keropok, keropok lekor, bebola ikan, budu dan lain-lain produk berasaskan hasil ikan. Sehingga kini terdapat sebanyak 33 buah PPHP serta 1 buah yang masih lagi dalam pembinaan berada dibawah penyeliaan LKIM.

PROFIL PPHP LKIM

34 Buah PPHP

  • 25 buah dibangunkan sendiri oleh LKIM diatas tanah/bangunan milik LKIM
  • 3 Buah dibangunkan melalui Kerjasama pihak ECERDC (Sebuah masih dalam pembinaan
  • 6 buah milik PNK yang dibangunkan sendiri di atas tanah/ bangunan PNK dengan bantuan LKIM

Kedudukan PPHP

  • 19 buah berada di dalam Kompleks LKIM
  • 15 berada di luar Kompleks LKIM

Pengoperasian

  • 24 buah PPHP aktif beroperasi
  • 8 buah tidak aktif
  • Sebuah dalam pembinaan (EMFPP) dan sebuah lagi dalam proses naiktaraf (PPHP Besut)
  • 14 buah dioperasikan oleh usahawan dan 10 buah lagi PNK

Fasiliti dan Kemudahan

  • Ruang Pemprosesan
  • Mesin / Peralatan Pemprosesan
  • Rumah haba / tempat jemuran
  • Bilik sejuk


Untuk memastikan peningkatan pengeluaran PPHP dan juga sentiasa beroperasi dalam keadaan yang kondusif, beberapa program telah dilaksanakan seperti berikut:


Penyelenggaraan Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan

Untuk memastikan keadaan PPHP terus berada dalam keadaan baik dan dapat beroperasi dengan lancar, kerja-kerja naiktaraf telah dibuat secara berterusan. Penyelenggaraan berterusan yang dibuat secara tidak langsung telah membantu PPHP untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran serta membantu dalam proses persijilan seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan juga Sijil Halal daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Jalinan Kerjasama Antara Pusat Pemprosesan Hasil Perikanan (PPHP) dengan East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)

Untuk meningkatkan lagi aktiviti pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan produk hasil laut di PPHP, pihak LKIM juga telah menjalinkan kerjasama strategik bersama pihak East Coast Economic Region Development Council (ECERDC). Antara jalinan kerjasama yang sedang dijalankan adalah

  • Projek Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu (KIFPP) di Kuantan, Pahang
  • Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Geting di Tumpat, Kelantan.
  • Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Endau-Mersing (EMFPP) di Kompleks LKIM Endau, Johor.


Program Pembangunan Pusat Pemprosesan, Pembungkusan Dan Pemasaran (J3P) Dan Program Mekanisasi Dan Automasi

Program tersebut merupakan salah satu insentif daripada pihak kementerian untuk  membantu PPHP mendapatkan pensijilan MeSTI dan juga HALAL. Disamping itu program ini juga adalah untuk meningkatkan pengeluaran dan lebih berdaya saing.

Aktiviti PPHP

PPHP Tanjung Dawai, Kedah- Pemprosesan keropok keping

PPHP Kemaman, Terengganu- Pemprosesan keropok lekor, satar, fisball

PPHP Pangkor, Perak- Pemprosesan sate ikan

Lawatan Perdana Menteri ke PPHP Pangkor

PPPHP / TAMAN PEMPROSESAN YANG DIBANGUNKAN MELALUI KERJASAMA BERSAMA ECERDC

 

Taman Pemprosesan Ikan Bersepadu Kuantan (KIFPP)

Projek Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) Geting

Kerjasama Bersama ECERDC Bagi Pembangunan Taman Pemprosesan Endau Mersing (Dalam Pembinaan)