Close
Soalan Lazim
Maklum Balas
Hubungi Kami
Peta Laman

Skim Diesel dan Petrol Nelayan

Pengurusan Skim Diesel Dan Petrol Nelayan

Skim Diesel Dan Petrol Nelayan mula dilaksanakan pada tahun 2006 bagi membantu menampung sebahagian kos operasi menangkap ikan yang ditanggung oleh nelayan kesan kenaikan harga minyak di pasaran.

Kategori penerima skim ini adalah seperti berikut :

a)    Pemilik vesel perikanan Zon A (Tradisional)

b)    Pemilik vesel perikanan Zon A (Enjin Dalam dan Jerut Bilis)

c)    Pemilik vesel perikanan Zon B

d)    Pemilik vesel perikanan Zon C

Syarat kelayakan untuk memohon skim ini adalah :

a)    Memiliki Mykad (Biru),

b)    Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, atau

c)  Memiliki lesen vesel perikanan yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Laut Sabah atau Jabatan Pelabuhan Dermaga Negeri Sabah serta Lesen Menangkap Ikan oleh Jabatan Perikanan Sabah.

Pemilik vesel Individu/ Syarikat diwajibkan berdaftar dengan LKIM di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) melalui eNelayan Management System dengan mengemukakan dokumen seperti :

a)    Salinan MyKad pemilik vesel

b)    Gambar pemohon

c)    Gambar vesel

d)    Salinan lesen vesel dan perkakasan yang masih sah  tempoh

e)    Salinan Sijil Pemeriksaan Vesel

f)      Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)