Program ini dipertimbangkan kepada usahawan industri makanan dan asas tani dalam Kategori Mikro yang memperoleh nilai jualan kasar tahunan di bawah RM300,000. Nilai jualan hendaklah dibuktikan dengan penyata akaun atau penyata kira-kira yang telah diaudit oleh auditor bebas. Usahawan dengan nilai jualan ≤ RM100,000 diberi kelonggaran untuk mengemukakan buku simpan kira dan / atau penyata akaun bagi tempoh 6 bulan tertakluk kepada pengesahan JKTGP.
Bantuan di dalam bentuk geran pemadanan ini meliputi skop seperti:
Kajian pembangunan kualiti produk
Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
Peningkatan kapasiti pengeluaran
Penambahbaikan premis
Perolehan papan tanda perniagaan
Jadual Program Geran Pemadanan CUP
Perkara
Keterangan
Skop
Kajian
pembangunan kualiti produk
Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan
Peningkatan kapasiti pengeluaran
Penambahbaikan premis
Perolehan papan tanda perniagaan
Kadar
Geran penuh
100%
Geran pemadanan (Geran 70% Usahawan 30%)
Nilai Geran
Maksimum
RM1,000/ permohonan
Maksimum RM60,000/permohonan (termasuk kajian pembangunan kualiti produk jika dipohon secara kombinasi)