Bahagian Khidmat Pengurusan
Last updated : 13/05/2022
Carta Bahagian Khidmat Pengurusan
Carta Seksyen Pengurusan Sumber Manusia
Carta Seksyen Latihan & Kompentensi
Piagam Pelanggan Seksyen Pentadbiran
- Menguruskan Pelupusan Aset Tetap LKIM yang telah mencapai jangkahayat dan dikenalpasti untuk pelupusan diselesaikan dalam masa tiga bulan selepas laporan pemeriksaan diluluskan;
- Menguruskan dan memproses pinjaman perumahan, kenderaan dan computer pegawai dan kakitangan LKIM Dalam tempoh 10 hari dengan syarat dokumen lengkap;
- Menguruskan pembayaran cukai jalan bagi kenderaan, cukai tanah dan cukai taksiran sebelum tamat tempoh setiap tahun;
- Memastikan program-program Inovasi diadakan setiap tahun mengikut jadual yang ditetapkan tertakluk kepada peruntukan;
- Memastikan pegawai dan kakitangan LKIM dilengkapkan dengan kemudahan dan keperluan pejabat tidak lewat dari 4 minggu selepas menerima permohonan dari Seksyen Pengurusan Sumber Manusia;
- Memastikan sewaan pejabat, utiliti dan bekalan peralatan pejabat diproses untuk bayaran dalam tempoh 14 hari;
- Menyediakan kemudahan bilik mesyuarat, kenderaan dan alatulis selepas mendapat tempahan dari Bahagian;
- Mengemukakan Laporan Verifikasi Aset Tetap Bahagian setiap Tahun sebelum 31 Disember.
Fungsi Seksyen Pentadbiran Am & Inovasi
- Mengendali segala aspek pengurusan pentadbiran pejabat;
- Memberi khidmat sokongan kepada usaha dan urusan majlis secara langsung atau yang dikendalikan melalui bahagian-bahagian tertentu;
- Mengendali pengurusan kenderaan rasmi LKIM;
- Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti peningkatan inovasi di LKIM;
- Mentadbir pengurusan aset-aset LKIM;
- Menguruskan laporan hapuskira dan pelupusan harta;
- Menguruskan dan mentadbir sistem pengurusan tanah milik LKIM;
- Mengurus permohonan menduduki kuarters;
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan, kemudahan dan persekitaran;
- Menguruskan kerja-kerja pembaikan kemudahan/fasiliti;
- Menguruskan penyewaan bangunan/tempat milik LKIM.